Program 'AC?' tonjol karektor sebenar AC Mizal

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AC Mizal dan Kamal Adli ketika rakaman program 'AC?' semalam.- foto THE STAR oleh SAM THAM
AC Mizal dan Kamal Adli ketika rakaman program 'AC?' semalam.- foto THE STAR oleh SAM THAM

AGAK lama juga pengacara terkenal AC Mizal hendak mencuri peluang untuk menjadikan program bual bicaranya, ‘AC Di sini’ seperti programnya sendiri.

Kini, setelah memasuki musim ke-6, barulah AC mendapat peluang untuk menukar konsep dan menggarap idea mengikut kehendaknya.

Maka, lahirlah program ‘AC?’ yang merupakan kesinambungan daripada program ‘AC Di sini’ dan tagline ‘sempoi’ masih dikekalkan sesuai dengan ‘trademark’ yang sinonim dengan dirinya.

Lantas AC melabelkan program musim terbaru ini lebih kepada dirinya kerana produksi sendiri memberikan kebebasan kepadanya untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak sendiri.

“Saya hanya fikir untuk mencipta suatu keseronokan supaya ramai penonton dan tetamu faham dengan program ini serta tidak takut lagi apabila kami panggil untuk turut serta.

“Sekarang, saya baru diberi peluang dan saya takkan buat apa yang saya tak boleh buat.

“Saya bebas untuk melontarkan idea dan bakat yang terpendam.

“Saya suka tengok program Oprah Winfrey yang sudah bertahun-tahun sehingga orang dah tahu sangat tentang dia,” jelasnya yang sebolehnya ingin menghiburkan orang ramai dengan karektornya yang lucu.

AC mudah membuatkan orang ketawa tetapi kadangkala mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang karektor yang tersembunyi di dalam dirinya.

Begitu juga dengan dirinya yang ingin menyingkap cerita di sebalik tabir seseorang selebriti atau tetamu yang hadir ke program ‘AC?’.

Sesuai dengan nama ‘AC?’ yang menurut penerbitnya, Azwin Kamarul Zaman bermaksud ‘Apa Cerita?’ selain merupakan nama AC sendiri.

“Kita sediakan Kaunter AC yang membolehkan sesiapa sahaja untuk bertanyakan soalan kepada tetamu jemputan tetapi soalan ditapis terlebih dahulu bagi mengira sensitiviti semua pihak.

“Misalnya, Ekin pernah bertanya kepada suaminya, Mawi sehingga pucat dan tidak terkata Mawi hendak menjawabnya.

“Waktu itu Ekin hanya tanya soalan ada tak perkara yang Mawi tidak puas hati dengannya selama mereka berkahwin.

“Jadi, segmen Kaunter AC memberikan sesuatu perkara yang baru yang orang tak pernah buat,” ujarnya mengenai kelainan yang ditonjolkan dalam program itu.

Selain itu, penonton juga akan dihidangkan dengan segmen Garaj AC yang diletakkan di akhir program.

Yang menariknya, segmen itu akan memberi peluang kepada para artis dan selebriti untuk melelong barang-barangan mereka yang mempunyai nilai-nilai sentimental kepada tetamu di luar mahupun di luar studio.

“Garaj ini kita sengaja cipta agar tak nampak terlalu formal seperti sebuah galeri yang menyimpan pemberian artis atau selebriti.

“Misalnya, Faizal Tahir memberi gincu yang digunakan semasa dia menulis huruf ‘S’ di dadanya sehingga ‘diband’, Chef Wan beri seluar dalamnya, Adibah Noor beri gigi palsu dan ramai lagi selebriti yang memberikan pemberian yang unik.

“Barang-barang itu akan dilelong pada suatu masa nanti dan akan didermakan kepada badan amal,” cerita AC.

Selain itu, segmen lain yang turut dihidangkan dalam program ini adalah Carta AC dan Teropong.

Carta AC akan menyaksikan AC berkongsi lima topik pilihan paling hangat pada minggu itu bersama para penonton.

Sementara segmen Teropong akan melihat AC bersama pengacara sampingan, Sobri keluar bertemu khalayak ramai sebagai dua pasangan yang mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi mengenal pasti tempat-tempat menarik untuk dikongsi bersama orang ramai.

Segmen Borak AC pula bakal melihat dua hingga tiga orang artis jemputan untuk berkongsi pengalaman hidup sama ada suka ataupun duka bersama AC dan para penonton studio.

Tambah menarik apabila seorang tetamu studio yang ‘sporting’ dan secara kebetulan mempunyai iras muka artis akan dijemput untuk memeriahkan suasana.

Segmen Gelak Geli AC bakal menyaksikan AC melakonkan komedi spontan yang dipetik dari filem-filem dan ia menjadi lebih istimewa apabila turut disertai oleh artis jemputan.

Segmen ke-4 iaitu Wow akan menampilkan personaliti atau individu yang berjaya mengharumkan nama negara atau pun mereka yang mempunyai bakat luar biasa untuk berkongsi pengalaman dengan para penonton.

Menurut penerbitnya, Azwin, segmen ini diadakan bagi menonjolkan bakat tempatan yang terbaik di Malaysia tetapi diketahui ramai.

“Kita buat kajian secara sendiri dan memanggil pakar belut, Raja Ular, pemain drum termuda dan ramai lagi,” katanya mengenai program yang akan dirakam sebanyak 26 episod sejak 30 Julai lalu hingga 19 Ogos ini.

Menariknya, segmen Wow ini kadangkala menjemput tetamu yang AC sendiri tidak mengetahuinya dan tahu-tahu sahaja tetamu yang akan tampil itu akan membawa ‘benda’ yang ditakutinya seperti ular.

Menyentuh tentang artis dan selebriti jemputan, mereka terdiri daripada artis yang baru dan lama dalam industri termasuk selebriti terkenal seperti adik Adi Putra yang bijak dalam Matematik dan Angkasawan Negara Sheikh Muszaphar Shukor.

Tiada lagi tagline AC Di Sini dan Che Mat Poi

Tambah Azwin, tagline AC Di Sini sudah tidak dipraktikkan lagi dalam program ini setelah mereka melakukan perubahan baru itu.

“Cuma kita kekalkan dengan tagline AC Sempoi dan kita mahukan biar penonton yang menyebutnya.

“Program kali ini lebih santai dan lawak serta ada sedikit elemen soalan panas yang pelbagai warna kerana kita mahukan penonton lebih relaks apabila menonton.

“Kita tidak mahu gosip yang sama kerana ingin nampak program yang diulang nanti sentiasa ‘fresh’.

“Setiap episod juga akan dikaitkan dengan rakaman video yang mempunyai kaitan dengan topik semasa. Misalnya, isu artis kena rasuk.

“Bajet yang kita gunakan lebih banyak dari sebelum ini kerana banyak melakukan pengambaran di luar.

"Kita juga menukar elemen ‘live band’ dalam studio kerana telah banyak ‘talk show’ yang menggunakan ‘live band’. Jadi, kita selaraskan muzik dengan menjemput DJ Click,” tuturnya.

Ditanya tentang Che Mat Poi yang sebelum ini turut sinonim dengannya, AC berkata bukan dia tidak mahu karektor itu tetapi disebabkan perubahan yang dilakukan.

“Che Mat Poi amat dekat dengan saya dan saya sedih apabila ia sudah tidak ada dalam program ini,” ujarnya yang kelihatan begitu ranggi dan santai dalam penampilan terbarunya itu.

Ia sesuai dengan konsep ‘AC?’ yang menggunakan set studio baru bertemakan warna jingga dengan berlatar belakangkan tema kelab malam yang berkelipan bagi menimbulkan suasana glamor.

Perhiasan di sekeliling set studio juga dihiasi dengan sudut yang diberi nama Garaj AC dan Kaunter AC di samping sudut muzik yang akan dimainkan secara langsung.

Saksikan ‘AC?’ yang akan disiarkan pada setiap Jumaat, mulai 7 Ogos pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104).

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan