Otak Michael Jackson dikembalikan kepada keluarganya - Berita Hiburan | mStar

Otak Michael Jackson dikembalikan kepada keluarganya

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Otak Michael Jackson dikembalikan semula kepada ahli keluarganya setelah ujian ke atas organ tersebut selesai dijalankan. - foto AP
Otak Michael Jackson dikembalikan semula kepada ahli keluarganya setelah ujian ke atas organ tersebut selesai dijalankan. - foto AP

OTAK Michael Jackson telah dikembalikan semula kepada keluarganya setelah dikeluarkan dari tubuhnya sebulan yang lalu untuk bedah siasat.

Ujian tersebut telah selesai dijalankan dan organ tersebut telah diserahkan semula kepada keluarga Michael yang menunggu otak Michael dikembalikan sebelum mereka meneruskan dengan majlis pengebumian penyanyi itu yang mati disyaki akibat serangan jantung pada Jun lalu, lapor satu sumber.

Keluarga penyanyi itu juga telah memutuskan untuk mengebumikan Michael tanpa sebarang tanda di kuburnya bagi mengelak orang ramai datang menghias kuburnya atau cuba untuk mencuri mayatnya.

"Mereka bimbang jika seseorang melakukan sesuatu yang dahsyat terhadap mayat Michael. Mereka juga tidak sanggup untuk menanggung risiko tersebut dan memutuskan mengebumikan Michael tanpa sebarang tanda di kuburnya," kata rakan kepada keluarga Michael.

Pengebumian itu juga dijangka tidak akan dijalankan secara formal dan peminat Michael Jackson juga tidak akan dimaklumkan sebarang berita mengenai pengebumian tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan