FFM22: Hanya gah di bumi Sabah saja?

Diterbitkan: Selasa, 11 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yang di-Pertua negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah (tiga dari kanan) bersama (dari kiri) Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Ilyas Ibrahim, Pengarah FINAS Mahyidin Mustakim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (dua dari kanan) dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun (kanan)mendengar ucapan daripada adik Allahyarham Yasmin Ahmad yang diumumkan sebagai pemenang anugerah Pengarah Filem Terbaik sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu malam baru-baru ini. -fotoBERNAMA
Yang di-Pertua negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah (tiga dari kanan) bersama (dari kiri) Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Ilyas Ibrahim, Pengarah FINAS Mahyidin Mustakim, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (dua dari kanan) dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun (kanan)mendengar ucapan daripada adik Allahyarham Yasmin Ahmad yang diumumkan sebagai pemenang anugerah Pengarah Filem Terbaik sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 di Kota Kinabalu malam baru-baru ini. -fotoBERNAMA

FESTIVAL Filem Malaysia ke 22 (FFM22), yang baru melabuhkan tirainya di Sabah minggu lepas, tetap berlangsung dalam suasana yang tidak ada elemen keterujaan, meskipun ia diadakan di venue yang 'jauh' dan baru.

Ini adalah kerana pengelolaannya tetap di takuk yang sama. Mustahil, kita dapat menjangkakan sesuatu yang hebat jika formulanya tidak jauh beza dari tahun-tahun yang lepas.

Hasilnya, pada tahun ini FFM sekali lagi 'menyambut kelahiran ke22 tahun' tapi masih seperti seorang bayi yang baru hendak belajar 'bertatih'.

Baik dari segi skrip, persembahan dan juga aturcara semuanya seperti sudah dijangka dan klise.

Mungkin yang agak berbeza hanyalah venue diadakan, di mana FFM22 kali ini diadakan Sabah.

Amat sesuai gandingan pengacara majlis - pelakon Fahrin Ahmad dan Vanidah Imran. Walaupun banyak tersasul dan menurut skrip yang tidak banyak membantu, pasangan ini tidak mengecewakan dan ada sedikit 'chemistry'.

Yang melekat di telinga adalah kepetahan mereka berdua yang tidak putus-putus memuji kecantikan negeri Sabah, kebaikan orang Sabah dan segala yang baik dan indah tentang Sabah. Rasanya tidak perlulah pujian-pujian yang melampau untuk melahirkan rasa syukur kerana semuanya ditaja oleh kerajaan negeri Sabah?

Walau agak 'serasi', Fahrin dan Vanidah tidak berjaya mengawal perjalanan majlis yang akhirnya menjadi hambar dan lesu. Kedua-duanya gagal menyelamatkan momentum majlis yang menjadi semakin lembap hingga ke garisan penamat.

Seperti sudah boleh diagak apa yang akan berlaku selepas setiap adegan, baik dari segi pemberian anugerah mahupun persembahan.

Bukan niat hendak ulangi sindrom 'rumah siap, pahat berbunyi' maka sebab itu, tidak adil untuk artikel ini mengulas keputusan yang dibuat. Semuanya boleh diterima dengan hati yang terbuka...

Filem 'Papadom' menambat hati para juri yang menobatkan filem ini dengan lima anugerah sekali gus.

Seperti dijangka, nama karyawan Allahyarhamah Yasmin Ahmad menjadi sebutan dan karyanya 'Talentime' turut mendapat sanjungan di festival kali ini. Janjinya, pihak penganjur telah 'menyiapkan' satu tribut yang istimewa untuk mengenang jasa Yasmin di persada seni.

Tapi sayangnya, tribut sebuah video klip dan dua lagu yang disampaikan Stacy dan Rey, tidak lebih dari sebuah lagu yang menyatakan kehilangan orang tersayang. Setakat itu saja.

Emosi dua penyanyi itu pun terbantut begitu sahaja, tidak sampai pun ke hati penonton di rumah. Apa yang diharapkan berlaku, tidak berlaku di majlis festival ini.

Adakah itu yang dijanjikan untuk mengenang seorang ikon dan lagenda seperti 'Yasmin Ahmad' atau sekadar itu yang termampu dilakar dan dipaparkan?

Kalau itulah 'kemuncak' FFM22 atau 'turning point' memberi tribut kepada Yasmin maka hasilnya sangat mengecewakan. Tidak bermaya sama sekali.

Visual yang terpahat di memori ialah jari jemari Datuk Farid Redzuan, orang kuat TV3, mengusap-usap dan mengucup tangan mak arwah Yasmin, Mak Inom yang seperti orang patah hati di kaca TV (siaran Astro Ria dan TV2).

Elemen '1Malaysia' yang diterapkan dalam persembahan filem 'Estet' dengan penyanyi Awie agak menghiburkan. Tapi pegang bendera kecil dengan mengibar-ngibarnya di tepi pentas? Adakah itu yang paling kreatif untuk menunjukkan hasil elemen yang baik ini?

Begitu juga dengan pemberian Anugerah Khas Juri, Anugerah Pelakon Lelaki/Perempuan Veteran. Memang tujuan diberikan anugerah ini cukup mulia tetapi perlaksanaannya seperti tidak kesampaian.

Di mana letaknya prestij anugerah dua bintang lagenda seperti seniman S.Shamsuddin dan seniwati Mariani?

Alangkah baik seandainya dua bintang ini diberikan imbuhan yang lebih sedikit memandangkan sumbangan mereka yang tidak ternilai pada dunia perfileman.

Dan tidak perlulah menunggu Mariani berjalan mengesut-esut ke pentas untuk mengambil anugerah sambil dipapah. Lebih elok kalau anugerah itu diberikan terus kepadanya di tempat duduknya. Kan itu lebih terhormat?

Ini bukan kali pertama pihak FINAS atau mana-mana persatuan menganjurkan sebuah festival filem Malaysia. Tidak ada masalah untuk berpesta tapi hasilnya masih di takuk yang sama juga.

Jangankan hendak menobatkan tema 'Filem Malaysia ke persada dunia' yang seperti jauh panggang dari api, untuk memanfaatkan tema ini pun rasanya musykil sekali.

Post mortem FFM22? Perlukah kalau pihak penganjur tidak pernah ambil iktibar. Maka benarlah kata orang, 'filem kita, wajah kita!'

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan