Tony Curtis dakwa Marilyn Monroe mengandung anaknya

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jack Lemmon (tengah) dan bintang gandingan Tony Curtis (kiri) serta Marilyn Monroe kelihatan dalam satu babak dalam komedi filem,
Jack Lemmon (tengah) dan bintang gandingan Tony Curtis (kiri) serta Marilyn Monroe kelihatan dalam satu babak dalam komedi filem, " Some Like It Hot" pada 1959. -foto REUTERS

AKTOR lagenda Tony Curtis, dalam memoirnya mendakwa Marilyn Monroe pernah hamil dengan zuriatnya.

Dalam buku hasil pena beliau, "The Making Of Some Like It Hot'', Tony mendakwa mempunyai hubungan sulit dengan "Ratu di layar perak" itu.

Marilyn bagaimanapun keguguran anaknya itu.

Perhubungan asmara itu bermula semasa pasangan kekasih itu sama-sama membintangi komedi hit 'Some Like It Hot' pada 1959.

Namun, Tony yang pernah membintangi filem "The Kansa Raiders" berkata dia mula menjalin hubungan intim dengan Marilyn pada 1950.

Katanya, hubungan rapat antara mereka berdua itu bersambung semula pada September 1958.

Buku "The Making Of Some Like It Hot" dijangka dicetak pada bulan September ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan