Sheila Majid: Orang tak muak dengar lagu saya

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Majid mengaku sejak  balik Haji, dia sudah tinggalkan pakaian yang terlalu mendedahkan
Sheila Majid mengaku sejak balik Haji, dia sudah tinggalkan pakaian yang terlalu mendedahkan

DALAM setiap persembahannya, penyanyi Datuk Sheila Majid tidak malu untuk mendendangkan lagu-lagunya yang ‘evergreen’ dari album-album terdahulu seperti Legenda XV XX (2006), Cinta Kita (2004), Ku Mohon (1999), Ratu (1996), Legenda (1990), Warna (1988), Emosi (1986) dan Dimensi Baru (1985).

Masakan tidak, Sheila kini tidak mempunyai lagu baru untuk dinyanyikan setelah dia mempunyai masalah dengan fenomena muzik tempatan yang semakin merudum akibat muat turun lagu secara ‘haram’ di internet.

Namun begitu, Sheila tidak pernah bersungut untuk menyanyikan lagu-lagunya dari album terdahulu seperti ‘Inikah Cinta’, ‘Kerinduan’, ‘Kau’, ‘Ku Mohon’, ‘Percayalah’, ‘Bebaskan’, ‘Jatuh Cinta’, ‘Warna’, ‘Sinaran’, ‘Antara Anyir Dan Jakarta’ dan ‘Ratu’.

“Dalam minggu ini, saya akan melakukan ‘private show’ di Perlis. Saya hanya menyanyikan lagu-lagu dari album terdahulu kerana orang nak dengar lagu-lagu itu sahaja.

“Saya tak pernah ‘complain’. Lagipun, orang tak muak dengar lagu saya,” kata Sheila sambil tersenyum.

Sejak dia menyedari yang album penyanyi tempatan agak susah untuk dijual pada dua tahun lalu, kini Sheila seakan-akan ‘merajuk’ dan enggan menghasilkan sesuatu produk yang tidak menguntungkan.

“Saya sebenarnya ada lagu dalam rekod simpanan tetapi dengan suasana hari ini, semua orang nak percuma.

“Saya tak nak buat sesuatu yang ala kadar sahaja..tetapi kualiti yang baik dengan bayaran.

“Itu kita punya periuk nasi. Kita ‘giving’ tapi orang ‘keep taking’. Saya tengah fikir, macamana nak pulang modal,” kata Sheila dalam nada kesal.

Tambahnya, sekurang-kurangnya untuk menghasilkan sebuah album memerlukan RM30,000 dan dia sendiri enggan menghasilkan album selagi pembeli ‘tidak menghargai’ muzik tempatan.

“Lepas tu mereka kata lagu kita (lagu tempatan) tak sedap tapi mereka (pendengar) yang ambil bahagian untuk kita (penyanyi tempatan) jadi macam tu.

“Sebab itu muzik kita sedang merudum. Sepatutnya, kita kena beri sokongan seperti zaman lewat 80-an dulu kerana waktu itu keadaan muzik kita sangat baik,” kata isteri kepada pemuzik Acis ini.

Minat program dan buku dakwah

Sheila yang ditemui ketika menjayakan rakaman program dakwah hiburan, ‘1001 Inspirasi Raikan Kemenangan’ yang akan disiarkan di saluran Astro Oasis pada 20 September nanti.

Setiap orang pastinya inginkan pembaharuan dan perubahan berlaku dalam diri mereka begitu juga dengan Sheila.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa Sheila meminati rancangan-rancangan dakwah di saluran Astro Oasis.

“Saya minat dengan program seperti ‘Ar-Rayyan’ dan ‘Anjakan Paradigma’ kerana sangat berinformatif untuk pengetahuan dan baik untuk diri kita.

“Jadi, apabila mendapat tawaran ini, saya terus bersetuju dan memilih untuk menyanyikan lagu ‘Ku Mohon’ kerana ia paling best.

“Sebelum ini, saya tak pernah buat program seperti ini. Jadi, apabila saya tonton program ini di rumah, jiwa saya rasa lebih tenang,” ujarnya sambil tersenyum.

Perubahan diri Sheila nampak ketara sejak dia pulang dari menunaikan Haji dan perubahan itu juga dilunaskan kepada penampilan pakaiannya.

“Sejak saya balik Haji, saya dah tinggalkan pakaian yang terlalu mendedahkan,” tuturnya.

Ketika menghadiri program ini, Sheila kelihatan cantik dan manis bertudung litup dan bejubah putih.

Ditanya bilakah dia akan bertudung, Sheila menjawab: “Saya tak boleh kata bila sebab Tuhan punya ketentuan.

“Tetapi sekarang ini sedikit demi sedikit saya suka membaca buku berkaitan dengan keagamaan.”

Bercerita tentang karier lain yang diusahakan oleh Ratu Jazz ini, dia sedang mengusahakan bisnes spa di Jentayu Spa di Jalan Gelenggang, Damansara Heights dan membuka sebuah studio muzik iaitu Studio Akarkarya di Jalan SS21/1A Damansara Utama.

“Alhamdulillah, bisnes semuanya dalam keadaan baik. Saya selalu live in the business yang berkembang in more interest..

“Untuk perniagaan spa, kami telah pun berunding dengan sebuah syarikat dari Indonesia untuk mengembangkan pasaran di sana,” akhirinya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan