Mawi pasrah jadi bintang belakang tabir

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mawi suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab katanya, 'tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks
Mawi suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab katanya, 'tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks

SEJAK kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Asmawi Ani atau lebih dikenali dengan nama Mawi gemar melakukan kerja di belakang tabir.

Kini, Mawi kerap mengerah ideanya untuk menghasilkan skrip drama, telefilem termasuk lirik lagu.

Menyelami jiwa baru yang dilakukannya sekarang, Mawi berkata dia selesa dan gembira apatah lagi tugas ini kurang mendatangkan kesibukan kepadanya.

"Saya suka buat kerja belakang tabir sekarang ini sebab tak payah ‘expose’ sangat dan lebih relaks," jawabnya jujur.

Di bawah syarikatnya, MW Entertainment Sdn. Bhd, Mawi sedang dalam rangkaan untuk menerbitkan beberapa drama dan telefilem yang bakal disiarkan di kaca televisyen.

Malah salah sebuah telefilem yang telah dihasilkan oleh syarikatnya itu turut dilakonkan olehnya.

"Saya telah berlakon dalam telefilem yang akan disiarkan pada Hari Raya nanti iaitu ‘Rumah Baru, Bini Baru, Baru Raya’.

"Dalam telefilem ini, saya berlakon dengan Ekin dan ramai lagi pelakon lain. Masing-masing menggunakan nama sendiri iaitu Ekin menggunakan nama Ekin dan saya menggunakan nama Mawi.

"Cerita ini tentang sebuah keluarga yang kecoh kerana lambat nak buat rumah terbuka dan menunjukkan tentang bagaimana adab artis melayan tetamu yang datang beraya ke rumah," kata Mawi mengenai telefilem yang diarahkan oleh Laila Ali itu.

Ditanya tentang pengalamannya ketika berlakon dengan isteri sendiri, sambil tersenyum dia berkata mereka tiada masalah untuk bergandingan antara satu sama lain dan teringin untuk berlakon bersama lagi pada masa akan datang.

"Saya dan Ekin berlakon dengan membuat seperti biasa sahaja tanpa merasakan yang kami sedang berlakon.

"Jadi, ia memudahkan kami untuk bekerja antara satu sama lain. Cuma masing-masing perlu terikat dengan skrip yang disediakan.

"Selepas ini, saya mengalu-alukan sesiapa yang ingin mengambil kami berlakon sekali kerana saya pun tak kisah untuk Ekin berlakon dengan saya asalkan bersesuaian dengan watak dan cerita serta bayaran yang ‘masyuk’," jelasnya dalam nada berseloroh.

Tambah Mawi, dalam telefilem Raya selama satu jam 30 minit itu, dia juga akan menyanyikan dua buah lagu Raya iaitu ‘Ayah’ dan ‘Ku Pohon Restu Ayah Bonda’.

Selepas Raya nanti, syarikatnya akan menghasilkan sebuah lagi telefilem berbentuk drama kemasyarakatan, ‘Jiwa Kacau’.

"Idea cerita ‘Jiwa Kacau’ adalah daripada saya dan skripnya ditulis oleh Ad Samad.

"Cerita ini berkisarkan tentang dadah dan semua cerita yang diolah dalam telefilem itu merupakan imaginasi saya semata-mata.

"Selepas telefilem ini, kami sedang berusaha untuk menerbitkan sebuah drama berepisod," tuturnya yang belum bersedia untuk bercerita lebih lanjut tentang perancangan yang sudah dirangka oleh syarikatnya itu.

Dalam perkembangan lain, Mawi berkata dia dijangka akan merakamkan lagu Raya namun sehingga sekarang dia belum mendapat apa-apa khabar berita tentang itu.

"Saya tak pasti lagi sama ada akan ada lagu Raya yang terbaru atau tidak kerana saya mendapat tahu akan merakam lagu Raya dalam minggu hadapan (minggu ini) tetapi setakat hari ini (minggu lalu) masih senyap," jawabnya yang dijangka akan menyambut Hari Raya di Johor nanti.

Mawi juga sedang menantikan tayangan dua buah filem lakonannya iaitu ‘Jin Notti’ dan ‘Magika’.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan