Justin Timberlake harap dapat hidupkan semula karier lakonannya - Berita Hiburan | mStar

Justin Timberlake harap dapat hidupkan semula karier lakonannya

Diterbitkan: Isnin, 10 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Justin Timberlake berharap kemunculan semulanya dalam bidang lakonan akan membawa tuah padanya. -foto AFP
Justin Timberlake berharap kemunculan semulanya dalam bidang lakonan akan membawa tuah padanya. -foto AFP

BINTANG Pop, Justin Timberlake berharap untuk menghidupkan semula karier lakonannya dengan membintangi filem 'The Open Road'.

Justin akan berlakon di dalam filem tersebut bersama Jeff Bridges. Filem tersebut mengisahkan tentang seorang anak kepada pemain lagenda besbol yang merancang untuk bercuti bersama teman wanitanya dan bapanya yang telah lama terpisah.

Pelakon baru, Kate Mara juga akan berlakon dalam filem ini.

Justin, pernah muncul di dalam filem seperti 'The Love Guru', 'Alpha Dog', 'Southland Tales' dan 'Black Snake Moan'. telah mengalami musim yang tidak baik dalam bidang lakonan dan kini berharap untuk membuat kemunculan semula yang membawa tuah.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan