Steve Taylor 'Aerosmith' dikejarkan ke hospital selepas terjatuh pentas - Berita Hiburan | mStar

Steve Taylor 'Aerosmith' dikejarkan ke hospital selepas terjatuh pentas

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi utama kumpulan Aerosmith, Steven Tyler dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari pentas pada konsert yang berlangsung di Sturgis, South Dakota. - foto AP
Penyanyi utama kumpulan Aerosmith, Steven Tyler dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari pentas pada konsert yang berlangsung di Sturgis, South Dakota. - foto AP

PENYANYI utama 'Aerosmith', Steve Tyler, telah dikejarkan ke hospital selepas terjatuh dari pentas semasa konsert sedang berlangsung.

Kemalangan tersebut berlaku ketika kumpulan rock tersebut sedang menyanyikan lagu hit mereka 'Love In an Elevator' di Sturgis, South Dakota.

Tyler telah diusung ke belakang pentas dan kemudiannya dibwa terus ke hospital.

Apa yang ironiknya, lirik lagu tersebut kena dengan insiden yang berlaku. Lirik tersebut berbunyi: "Love In An Elevator/Livin' it up when I'm goin' down/Love In An Elevator/Lovin' it up till I hit the ground."

Aerosmith hanya sempat menyanyikan tiga buah lagu sahaja sebelum koonsert tersebut terpaksa dihentikan.

Selepas beberapa minit situasi yang mengelirukan itu berlaku, pemain gitar kumpulan itu, Joe Perry naik ke pentas dan memberitahu penonton konsert tersebut tidak dapat diteruskan.

Aerosmith telah memulakan konsert jelajah mereka ini sejak bulan Jun lalu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan