FFM22: Yasmin Ahmad dinobat Pengarah Terbaik

Diterbitkan: Ahad, 9 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Adik kepada Allahyarham Yasmin Ahmad menerima anugerah Pengarah Terbaik bagi pihak pengarah tersohor itu - foto THE STAR oleh NORMIMIE DIUN
Adik kepada Allahyarham Yasmin Ahmad menerima anugerah Pengarah Terbaik bagi pihak pengarah tersohor itu - foto THE STAR oleh NORMIMIE DIUN

FILEM hasil karya Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime, ternyata membawa tuah buat pengarah tersohor itu apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, malam tadi.

Adik Allahyarham, Datin Orked Ahmad, yang menerima anugerah tersebut bagi pihak Allahyarham telah membawa pulang trofi kemenangan dan wang tunai berjumlah RM20,000 di atas pengiktirafan tersebut.

Orked yang hadir di acara berprestij itu bersama ibubapanya, Inom Yom dan Ahmad Hashim, menerima anugerah tersebut di dalam keadaan sebak.

"Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang berada di sisi ketika kami dibendung kesedihan kerana kehilangannya. Saya rasa kakak saya pasti bersyukur dan gembira menerima anugerah Pengarah Terbaik.

"Ini adalah anugerah yang diimpikannya. Kakak saya membuat filem bukan untuk anugerah, tetapi dia buat filem untuk Mak dan Abah serta untuk gambarkan suasana pahit manis kehidupan sebenar.

"Saya harap, semua orang dapat memaafkan kesilapan kakak saya dan doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," luah Orked ketika menerima anugerah itu.

Selain gelaran Pengarah Terbaik, Yasmin turut memenangi kategori Lakon Layar Terbaik menerusi filem tersebut dan menerima trofi dan wang kemenangan sebanyak RM15,000.

Talentime turut menyaksikan kemenangan bagi ketegori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi Mohd Shafie Naswip, Pelakon Harapan Wanita oleh Jaclyn Victor serta Anugerah Khas Juri.

Dalam pada itu, FFM22 yang mengangkat tema Filem Malaysia Ke Persada Dunia ini turut menyaksikan filem Papadom arahan Afdlin Shauki, dinobatkan sebagai Filem Terbaik. Filem terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd itu memenangi trofi dan wang tunai RM50,000 di atas kemenangan tersebut.

Menerusi filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada 8 Oktober itu, Afdlin juga turut dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik serta merangkul sebuah lagi anugerah, Cerita Asal Terbaik.

Afdlin turut melakar sejarah tersendiri dalam pencapaian seninya apabila turut mendapat pengiktirafan menerusi sebuah lagi filem terbitan dan arahannya, Los Dan Faun, yang dinobatkan sebagai Filem Komedi Terbaik.

Ketiga-tiga kejayaan itu menyaksikan Afdlin memenangi RM15,000 bagi setiap kategori.

Dalam pada itu, bintang muda Liyana Jasmay telah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik, juga menerusi filem Papadom. Turut diumumkan sebagai pemenang pada malam kemuncak FFM22 itu ialah pelakon Salina Saibi yang memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam.

FFM22 turut memberi penghormatan kepada Allahyarham Yasmin Ahmad yang meninggal dunia pada 25 Julai lepas, menerusi segmen khas yang memaparkan petikan karya-karyanya selama ini.

Penyanyi dan pelakon Adibah Noor tampil sebagai suara latar bagi segmen tersebut, sebelum disusuli dengan persembahan nyanyian oleh Stacy dan Rey, masing-masing menyampaikan lagu Angel dan Pergi.

Acara gilang-gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Sabah Tun Ahmadshah Abdullah, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Berikut adalah senarai pemenang keseluruhan FFM22:

Anugerah Perdana (14 anugerah) Filem Terbaik - Papadom Pengarah Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime) Pelakon Lelaki Terbaik - Afdlin Shauki (Papadom) Pelakon Wanita Terbaik - Liyana Jasmay (Papadom) Lakon Layar Terbaik - Yasmin Ahmad (Talentime) Cerita Asal Terbaik - Afdlin Shauki (Papadom) Sinematografi Terbaik - Mohd Nor Kasim (Setem) Penyunting Terbaik - Faizul Mohd Noh (Setem) Skor Muzik Asal Terbaik - Syed Ahmad Faizal (Papadom) Filem Komedi Terbaik - Los dan Faun Filem Animasi Terbaik - My Telatori (The One Academy of Communication Design) Filem Pendek Terbaik - Permata Bonda (Universiti Sains Islam Malaysia) Filem Digital Terbaik - Aathma (Demaz Entertainment) Filem Dokumentari Terbaik - Bumi Pribumi (Finas & Q-Plez Communication)

Anugerah Cipta (11 anugerah) Pengarah Harapan - James Lee (Histeria) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Mohd Shafie Naswip (Talentime) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Salina Saibi (Bohsia:Jangan Pilih Jalan Hitam) Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Setem) Penataan Bunyi Terbaik - Mohd Mohsin Osman (Cicakman 2) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Mohd Hadziq (Syurga Cinta) Pelakon Harapan Lelaki - Zahiril Adzim (Kami The Movie) Pelakon Harapan Wanita - Jaclyn Victor (Talentime) Pereka Kostum Terbaik - Shen Imagineering (Cicakman 2) Lagu Tema Asal Terbaik - Sayangku Di Sisimu (Jin Hutan) Poster Terbaik - Histeria

Filem Box-Office - Geng Pengembaraan Bermula Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Omar Man Anugerah Pelakon Veteran Wanita - Mariani Ismail Anugerah Pelakon Veteran Lelaki - S.Shamsudin

Penerima Anugerah Khas Juri Talentime Kami The Movie Histeria Geng Pengembaraan Bermula

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan