Brad Pitt hisap kanabis zaman mudanya

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aktor Amerika Syarikat (AS), Brad Pitt hadir ke tayangan perdana filem
Aktor Amerika Syarikat (AS), Brad Pitt hadir ke tayangan perdana filem "Inglourious Basterds" oleh pengarah filem AS, Quentin Tarantino di Berlin pada 28 Julai, 2009. -foto AFP

PELAKON terkenal Hollywood, Brad Pitt mendedahkan bahawa beliau selalu menghisap kanabis sewaktu beliau masih muda.

Pelakon berusia 45 tahun itu mengakui ketika itu beliau sangat takut menjadi orang yang tidak berguna dan dia terus meninggalkan perbuatannya itu apabila orang ramai mula menjauhkan diri daripadanya.

"Saya hampir terus terjerumus dalam perbuatan tidak berfaedah itu.

"Kemudian saya cepat-cepat meninggalkanya," kata Brad Pitt.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berkahwin dengan pasangannya Angelina Jolie, 34, Brad menyatakan dia hanya akan berkahwin dengan Angelina sekiranya undang-undang AS yang mengharamkan perkahwinan hubungan sejenis dimansuhkan.

Brad Pitt juga berkata beliau tidak ada masalah sekiranya salah seorang dari anaknya adalah homoseksual.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan