Jac sedih tak dapat kongsi kejayaan bersama Yasmin

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jac dinobatkan Pelakon Harapan Wanita sempena Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi lakonannya dalam filem Talentime
Jac dinobatkan Pelakon Harapan Wanita sempena Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) menerusi lakonannya dalam filem Talentime

PERCATURAN pertamanya sebagai pelakon ternyata membawa tuah kepada Jaclyn Victor apabila penyanyi popular itu dinobatkan sebagai Pelakon Harapan Wanita sempena Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) yang sedang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah sehingga Sabtu ini.

Ternyata kepercayaan yang diletakkan oleh pengarah tersohor, Allahyarham Yasmin Ahmad kepada Jac menerusi watak Bavani dalam filem Talentime, telah digunakan sebaik mungkin oleh penyanyi itu untuk menampilkan mutu lakonan yang terbaik.

Meskipun tidak mengharapkan sebarang pengiktirafan terhadap lakonan sulungnya itu, namun saat dikhabarkan tentang berita kemenangannya kelmarin, Jac akui perasaannya gembira berbaur sedih.

"Ini adalah penghargaan yang cukup besar buat saya dan seharusnya orang pertama yang patut meraikan kejayaan ini ialah Yasmin. Tapi sayangnya, dia tidak berada dengan kita lagi.

"Anugerah yang saya terima ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk dia dan seluruh kru yang terlibat dalam filem itu," kata Jac yang hanya akan berangkat ke Kota Kinabalu Sabtu ini untuk menghadiri malam kemuncak FFM22, pada malam tersebut.

Dengan kemenangan itu, Jac turut menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Selain kategori Pelakon Harapan Wanita, pemenang-pemenang bagi beberapa kategori lain turut dibuat pada malam pembukaan FFM22 di Centre Atrium 1, Kota Kinabalu, kelmarin.

Kategori-kategori tersebut ialah Pelakon Harapan Lelaki yang dimenangi oleh Zahiril Adzim (Kami The Movie), Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Mohd Hadziq - Syurga Cinta), Filem Dokumentari Terbaik (Bumi Pribumi – Finas & Q-Plex Communication), Filem Pendek Terbaik (Usim), Filem Animasi Terbaik (My Telatori), Filem Digital Terbaik (Aathma), Lagu Tema Asal Terbaik (Sayangku Di Sisimu – Jin Hutan), Poster Terbaik (Histeria) dan Anugerah Filem Box- Office (Upin & Ipin: Pemgembaraan Bermula).

Ditanya sama ada kemenangan itu akan menjadi pembakar semangat untuk dia terus mengambil peluang di dalam bidang lakonan selepas ini, kata Jac, dia tidak terfikir untuk berbuat demikian buat masa ini.

"Bidang lakonan bukan 'jiwa' saya, berbanding nyanyian. Saya terima berlakon filem Talentime pun adalah disebabkan Yasmin kerana saya amat mengagumi karya-karyanya sebelum ini.

"Namun, saya tidak pasti macam mana kelak. Tetapi buat masa ini, saya memang tak terfikir untuk terima peluang berlakon lagi. Saya ingin berikan tumpuan dulu pada nyanyian," ujarnya.

Malam kemuncak FFM22 yang bakal berlangsung di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabtu ini akan mengumumkan pemenang-pemenang bagi pelbagai kategori lain, termasuklah Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan