Erra: Kami sudah silap langkah

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Erra, Emran dan Aleesya ketika berada di konti Suria FM, semalam - foto ihsan SURIA FM
Erra, Emran dan Aleesya ketika berada di konti Suria FM, semalam - foto ihsan SURIA FM

SUASANA pagi di konti radio Suria FM cukup ceria pagi semalam. Keletah comel puteri kepada kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Erra Fazira ini nyata menghiburkan staf-staf di stesen radio yang semakin meningkat naik itu.

Erra dan anaknya, Engku Aleesya telah diundang khas ke konti radio itu menerusi segmen Selebriti Room, yang mana mereka merupakan tetamu istimewa bagi merancakkan lagi kempen Lagu Berduit Suria FM.

Bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, program yang dikendalikan oleh Tuah dan Zizi itu memberi peluang kepada pendengar-pendengar untuk turut berinteraksi bersama Erra serta berpeluang 'berbual' dengan Aleesya. Sempat juga si comel itu tertidur di konti sepanjang tembual berlangsung.

Aleesya terus menjadi tumpuan di pejabat Suria FM sebaik berakhirnya program itu. Dan kesempatan itu digunakan untuk berbual dengan Erra dan pembantu peribadinya (PA), Nur Azira Zakaria tentang perkembangan terkini aktres dan penyanyi jelita itu.

Sengaja soalan tentang 'prestasi' Azira diusulkan dulu kepada Erra. Sambil ketawa, Erra sempat mengusik pembantunya itu, "Memang dia tengah popular sekarang ini."

Gara-gara dilihat tidak cekap membuat kerja dan sering dimarahi Erra menerusi program Gugu Gaga Erra yang sedang bersiaran di Astro Ria, Azira yang baru memulakan tugas sebagai PA selebriti itu menerima pelbagai kritikan.

"Sejujurnya, saya kesian bila dia kena kutuk seperti itu. Terkilan juga saya, kerana Azira tidak seperti yang penonton rasakan. Lain yang ingin disampaikan, lain pula yang diterjemahkan.

"Biasalah, program realiti memang perlu ada 'drama'. Apapun, silap kami juga. Kami sudah tersilap langkah kerana bersetuju dengan perjalanan 'cerita' seperti itu.

"Memang ada 'pro and con' dalam program seperti ini. Sekurang-kurangnya, mana-mana selebriti yang mungkin akan tampil dengan program seperti ini kelak boleh menjadikan Gugu Gaga Erra ini sebagai panduan juga," tutur Erra.

Menurutnya, walaupun baru tiga bulan menjadi PA, Erra sebenarnya sudah mengenali gadis berusia 22 tahun ini sejak Azira berumur 10 tahun lagi dan merupakan peminat setianya.

"Dia masih baru, tetapi dia sudah mula banyak belajar daripada orang sekeliling. Dan saya sendiri akan terangkan betul-betul jika ada yang bertanyakan tentang Azira pada saya," ujar Erra.

Azira juga akui, ramai rakan turut bertanya kepadanya gara-gara program tersebut.

"Ada yang tanya, kenapa saya jadi macam tu? Tapi saya jelaskan dengan baik bahawa apa yang dilihat itu ada yang sengaja 'ditambah' untuk 'cantikkan' cerita.

"Saya terima kritikan yang diberikan kepada saya itu. Saya masih belajar untuk terus perbaiki kelemahan. Lagipun, memang inilah impian saya untuk menjadi PA Erra.

"Sejak kecil, ibu saya memang tahu saya meminatinya dan sering bawa saya menghadiri 'show' Erra," kata graduan UiTM dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka ini.

Dalam pada itu, bercerita tentang aktiviti seni Erra, katanya, dia akan terlibat di dalam sebuah filem terbitan produksi Haliza Misbun berjudul Andartu Terlampau, sebagai 'cameo'.

"Penggambaran untuk babak saya akan dibuat pada Ahad ini. Walaupun hanya 'cameo', tetapi saya sukakan wataknya.

"Saya memegang watak sebagai Markonah, seorang andartu yang tidak pandai berfesyen, tetapi meletakkan 'taste' yang tinggi memilih lelaki," katanya.

Turut membintangi filem arahan Din CJ itu antara lain ialah Haliza sendiri, Abby Abadi, Fahrin Ahmad dan Azhar Sulaiman.

Terbaru, Erra juga sudah menyambung kontrak bersama Astro sebagai wajah eksklusif Astro dan selepas Hari Raya nanti, dia akan juga akan memulakan penggambaran musim kedua drama bersiri popular, Mertua vs Menantu.

Namun begitu, kata Erra, sempena bulan Ramadan yang hampir tiba tidak lama lagi, dia ingin membataskan aktiviti seninya untuk memberikan tumpuan yang lebih terhadap keluarga.

"Tahun lepas ketika mengandungkan Aleesya, separuh daripada bulan Ramadan tu saya sibuk dengan penggambaran Mertua vs Menantu bagi musim pertama. Jadi kali ini, biarlah saya berehat dan beri lebih masa bersama anak dan suami," ujarnya dalam nada ceria.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan