Zaefrul penyebab Azizah Mahzan tolak 'Spa Q 3'?

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizah tolak bintangi drama 'Spa Q' kerana mahu beri peluang kepada orang lain. foto THE STAR oleh RICKY LAI.
Azizah tolak bintangi drama 'Spa Q' kerana mahu beri peluang kepada orang lain. foto THE STAR oleh RICKY LAI.

SETELAH menerima tawaran untuk bintangi drama 'Spa Q', aktres Azizah Mahzan nekad untuk menolaknya untuk musim ketiga ini walaupun sebelum ini dia telah beberapa kali cuba menolak tapi tidak berjaya.

Menurut Azizah atau Kak Zie, dia enggan menerimanya kerana mahu memberi peluang kepada orang lain.

Mungkinkah Zaefrul Nordin penyebabnya hinggakan Kak Zie tawar hati?

"Tidak, bukan begitu. Sebenarnya saya tak suka jalan cerita dan karektor yang dilakonkan tu.

"Sekarang saya rasa serba salah. Kalau saya tolak, saya kesian pula. Macam mana pun saya duduk dengan produser dulu dan teliti skrip untuk melihat karektor yang akan diberikan kepada saya. Kalau 'ok' baru saya akan setuju," kata Kak Zie.

Tetapi dalam masa yang sama, Azizah berkata dia bagaikan dilema namun hatinya kuat untuk menolak drama yang turut dilakonkan oleh Norish Karman itu kerana mahukan kelainan.

"Ikutkan, dari Spa Q musim pertama dan kedua memang saya tak nak berlakon lagi tetapi saya terima juga sebab kawan-kawan.

"Tetapi sekarang, saya nekad dengan memberikan pelbagai alasan. Saya bagi syarat tidak mahu berlakon kalau dia (Zaefrul) ada.

"Produser, Zaiton Mohd. Jiwa pula kata dia tidak kisah untuk menyingkirkan dia. Macam mana pun, saya nak tengok skrip dan karektor dulu.

"Kalau tidak releven, saya akan tolak juga," katanya berkali-kali menolak untuk tidak berlakon dalam drama kegemaran ramai itu.

Menurut Azizah, untuk musim ketiga ini drama itu tidak akan lagi disiarkan di TV3 sebaliknya di Astro.

"Apabila saya bercakap dengan pihak Astro, mereka masih memberi pilihan kepada saya untuk berlakon atau tidak dalam drama ini," kata Azizah.

Jelas Azizah, kalau boleh dia hendak elakkan berlakon cerita seperti ini lagi.

"Saya memang kasihan kawan-kawan tetapi kalau saya buat, nampak macam bangang kat situ. Kalau ada benda lain mungkin saya akan setuju.

"Jika mengikut 'rating', mungkin ada yang ingin melihat lakonan saya tapi saya tetap tak nak teruskan.

"Saya pula bukan jenis yang nak sekat rezeki orang. Sekarang fikiran saya sangat berserabut.

"Namun, saya tetap rasa tak rugi dan ralat dan minta-minta biar mereka singkirkan saya.

"Lagipun, saya bukannya seorang pelakon yang rajin pun. Saya tak berlakon untuk sepenuh masa," kata pelakon yang versatil ini.

Setiap lakonannya pasti menarik perhatian sesiapa yang menonton, jadi sebab itu mungkin produser dari Global Station Sdn. Bhd. itu tetap mahukan dia berlakon drama itu.

"Tengoklah, kalau tu saya akan buat.. tetapi saya rasa baik ambil orang lain sahaja.

"Mungkin kalau ada skrip yang lebih baik, sentuhan yang segar dan plot cerita yang menarik, barulah saya akan terima.

"Lagipun, saya takut nanti orang kata 'macam tu sahaja' dan saya inginkan sesuatu yang mencabar," beritahunya yang meminati skrip yang ditulis oleh penulis skrip Nurhalim yang banyak membuat drama di RTM.

Jelasnya, "Saya suka skrip dia dan kerja dia. Dia pernah buat filem 'Panas' lakonan Aleeza Kassim."

Dalam perkembangan lain, Azizah berkata hari ini dia akan ke Jakarta untuk menjalani pengambaran drama muzikal 'Kau Dan Aku' yang turut merupakan projek Astro.

"Saya ingat sudah selamat untuk menolak drama 'Spa Q 3' selepas saya menerima untuk berlakon drama ini.

"Tetapi mereka kata sanggup tunggu saya dan pengambaran 'Spa Q 3' akan dilakukan selepas Raya.

"Saya akan berada selama sebulan di Indonesia kerana drama ini akan menggunakan 100 peratus lokasi di sana," katanya yang melakonkan watak pengetua.

Tambahnya, "Cerita ini seperti program Akademi Fantasia kerana ia menceritakan tentang 'musical art school'.

"Saya terima sebab pada mulanya memang saya terfikir untuk bercuti dan menonton filem 'Merantau' lakonan Christine Hakim di sana.

"Saya nak ke jogjakarta, Demak dan banyak lagi tempat di sana. Kira cantik la apabila dapat tawaran berlakon drama muzikal ini," luahnya dalam nada riang.

Selain Azizah, pelakon lain yang turut membintangi drama muzikal ini adalah Sabrina Ali sebagai guru teater dan tarian, Nurul sebagai guru vokal dan bekas pelajar-pelajar AF seperti Mila, Akim, Aril dan ramai lagi.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan