Robbie Williams dedikasi 'Reality Killed The Video Star' khas untuk Michael

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Robbie Williams membuat persembahan di stadium Puskas Ferenc di Budapest, semasa konsert
Robbie Williams membuat persembahan di stadium Puskas Ferenc di Budapest, semasa konsert "Close Encounters 2006", pada 19 Julai 2006. -foto AP

PENYANYI British, Robbie Williams, telah merakamkan sebuah lagu penghormatan kepada Michael Jackson dan akan dimuatkan dalam album terbarunya. Album terbarunya yang berjudul 'Reality Killed the Video Star' akan mula dipasarkan pada bulan Oktober tahun ini.

Bekas ahli kumpulan Take That ini turut sedih dengan kematian Micheal Jackson telah memutuskan untuk menambah sebuah lagi lagu dalam senarai lagu untuk album terbarunya itu.

"Michael Jackson telah mati. Ianya sangat menyedihkan," kata Robbie.

"Saya tidak dapat menulis sebuah lirik untuk dipadankan dengan mana-mana lagu baru saya. Namun apabila Michael telah mati saya menulis semula dengan meletakkan Michael dalam fikiran saya," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan