Ritchie cuba pikat gadis baru ala Madonna tapi tak berjaya - Berita Hiburan | mStar

Ritchie cuba pikat gadis baru ala Madonna tapi tak berjaya

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Foto bertarikh 21 Mei 2008 menunjukkan Madonna (kiri) dan suaminya, pengarah Guy Ritchie menghadiri tayangan filem Nathan Rissman,
Foto bertarikh 21 Mei 2008 menunjukkan Madonna (kiri) dan suaminya, pengarah Guy Ritchie menghadiri tayangan filem Nathan Rissman, "I Am Beacuse We Are" di The 61st Cannes International Film Festival. -foto AFP

PENGARAH British Guy Ritchie dikhabarkan cuba untuk menarik hati seorang gadis misteri menerusi kaedah sama seperti caranya menambat hati Madonna.

Ritchie pada mulanya berkahwin dengan bintang pop Madonna sebelum mereka berpisah.

Laporan media menyebut bahawa Ritchie dan gadis tersebut telah keluar bersama-sama sebanyak dua kali.

Pertama kali, Ritchie membawa gadis tersebut keluar untuk bir, makanan dan berdansa ala-Irish.

Pada malam Isnin, dia juga menjemput gadis yang sama ke pub Punch Bowl di Mayfair.

Mereka berdua hadir sebelum 9.30p.m. dan Ritchie mendendangkan beberapa lagu dengan diiringi band tradisional Irish.

Bagaimanapun, gadis tersebut nampaknya tidak berkenan dan kelihatan lebih gembira apabila ingin beredar.

Mereka berdua kelihatan bersama di Malibu pada Jun.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan