Noryn Aziz sedia bercinta kembali

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noryn menurunkan tandatangan pada poster pelancaran terapi 'Liposonic'. -foto THE STAR oleh AZMAN GHANI
Noryn menurunkan tandatangan pada poster pelancaran terapi 'Liposonic'. -foto THE STAR oleh AZMAN GHANI

SEJAK menjadi Duta Marie France Bodyline, artis Noryn Aziz yang jelita dan seksi sering menghiasi halaman akhbar mahupun papan iklan.

"Of course-lah, penampilan menarik, seksi dan jelita itu dapat memikat lelaki idaman. Semua wanita pun berpendirian begitu," kata Noryn diminta mengulas imej seksinya serta wajah ayu persis bidadari.

Noryn ditemui ketika melancarkan terapi LipoSonik (LST) oleh Marie France Bodyline di The Apartments, KLCC, semalam.

Terapi LST adalah rawatan terbaru, inovasi unik, tidak renyah dan tidak menyakitkan ke atas lemak tisu di bawah kulit dan selulit.

Biarpun berstatus janda, Noryn tetap berharap dapat disayangi oleh satu-satu lelaki idaman suatu hari nanti.

Perceraian dulu, bagi Noryn, harus dijadikan nota kaki sahaja dalam skrip kehidupan mendatang.

Apabila diajukan persoalan wartawan sama ada dia hendak bercinta, Noryn tidak teragak-agak mengiyakan. "Nak bercinta," jawab artis ini ringkas tetapi cepat dan penuh berkeyakinan.

"Ada terfikir juga (nak berkahwin lagi). Saya hanya mampu berdoa kerana jodoh itu tidak boleh dicari. Ia bukanlah saya suka lelaki ini atau itu tapi adakah dia sesuai dengan saya.

"Apakah gunanya jika lelaki yang dicari itu tidak sesuai dengan kita?" soal Noryn yang lebih menitikberatkan 'chemistry' (keserasian) antara dia dan lelaki pilihan hatinya.

Bagaimanapun, Noryn tidak percaya dia dapat keluar dengan sesiapa kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerja - siang dan malam.

Untuk Hari Raya ini, Noryn mengeluarkan lagu 'Sinar Lebaran' oleh Pak Ngah dan lirik Sisoh. Selain itu, Noryn juga berduet dengan artis Jonier Ariff dari Indonesia dan Christian Batista dari Filipina.

Malah, ratu jazz itu tidak berani meletakkan apa-apa sasaran kerana jodoh itu ditentukan Tuhan.

Berita baik ialah Noryn mengakui dia tidak mencari lelaki berkedudukan, kaya ataupun berstatus tinggi.

Ditanya ada sesiapa yang merisik dan melamarnya, Noryn menafikannya. Mungkinkah Noryn meletakkan penanda aras lelaki idamannya terlalu tinggi?

Secara berjenaka, Noryn mengira dengan jari-jemari sambil mulut mengumat-amit bilangan. Ukiran senyumannya menambahkan kejelitaan duta kecantikan ini.

Sementara itu, Noryn bakal mengadakan konsert solo awal tahun depan selepas menjayakan konsert Malam Nada Biru bersama Atilia di Lambang Sari, Istana Budaya (IB) baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat perbezaan ketara dari segi susunan lagu, muzik baru dan lain-lain perkara yang dirahsiakannya.

Melihat poster Noryn sebagai Duta Marie France Bodyline di satu ceruk, terdapat satu gambar menunjukkan betapa Noryn gemuk ketika itu (tahun lepas) dengan berat badan pernah mencecah 65 kg!

Noryn menjelaskan, berat badannya bertambah secara drastik pada masa itu kerana makan malam selepas terlibat dalam persembahan.

Kini, Noryn berseri-seri dan menjadi pujaan wanita dan idaman lelaki, terima kasih kepada terapi kecantikan yang dijalaninya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan