Maiza sukar hidup tanpa teman

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maizawati mengaku sukar hidup bersendirian tanpa teman. foto-UTUSAN
Maizawati mengaku sukar hidup bersendirian tanpa teman. foto-UTUSAN

BEKAS isteri penyanyi dan penceramah Akhil Hayy, Maizawati Zainal tidak menolak sekiranya jodoh datang lebih awal.

Maizawati yang lebih mesra dengan sapaan Maiza berkata, sukar untuk hidup bersendirian tanpa teman. Tambahan pula dia ada ramai tanggungan iaitu ibunya dan dua orang anaknya dengan suami pertama.

"Perniagaan kecil-kecilan saya juga agak terjejas setelah saya mengalami masalah rumahtangga sebab tak dapat beri tumpuan.

"Malah selama 6 bulan lamanya perniagaannya agak 'slow' kerana tidak dapat fokus dan 'down'. Jadi saya terpaksa tutup saja. Ini membuatkan saya terbeban dengan hutang.

"Kalau saya buka perniagaan pun, hati saya tidak ada di situ. Apa lagi saya perlu jaga hati pelanggan yang datang," jelas Maiza berterus terang.

Maiza yang baru-baru ini dilantik menjadi Duta Koleksi Tudung Myza berharap sinar baru akan datang menjengahnya tak lama lagi.

"Tak kisahlah siapa yang masuk meminang dulu. Saya akan timbangkan dan menerima," jelas Maiza.

Menurut cerita yang disampaikan dari sumber terdekat, jodoh Maiza dengan Akhil juga berlangsung begitu rupa. Sebaik dia habis edah dengan suami pertama, Akhil terus masuk meminang Maiza.

Ketika itu, Maiza adalah janda beranak dua. Tapi kini, ibu jelita ini terpaksa menongkah arus dan pasrah dengan satu lagi perceraian.

Setelah 13 tahun mendirikan rumahtangga dengan penceramah bebas dan pakar motivasi juga dikenali dengan Ustaz Rock, pasangan ini terpaksa akur yang jodoh mereka setakat ini saja. "Sebenarnya ustaz telah tinggalkan rumah selama 2 tahun dan bukannya 3 bulan seperti yang digembar gemburkan. Dua tahun itu juga, hidup saya merana dan terabai.

"Dugaan itu juga menyebabkan saya disindir dan diperli oleh orang sekeliling. Kesusahan itu jugalah membuat saya terpanggil untuk mencari sumber rezeki untuk menampung perbelanjaan anak-anak.

"Sebab itulah saya terima saja bila ada tawaran untuk menjadi duta," kata Maiza dengan suara yang tenang.

Maiza telah diceraikan pada 15 Julai dan hanya menerima sebanyak RM2 ribu sebulan bagi nafkah edahnya. Dan hanya seorang saja anak Maiza, yang bongsu berusia 2 tahun berada di bawah jagaannya. Untuk itu dia menerima RM250 saja.

Tiga lagi anak Maiza berada dalam jagaan Ustaz Akhil.

Maiza kini tekad seandainya jodoh datang menyapa, dia akan lebih berhati-hati.

"Biarlah orang itu nanti lebih sayang saya. Dan kalau boleh tidak ada apa-apa halangan. Jika semuanya berjalan lancar, saya akan terima lamaran itu," kata wanita berusia 33 tahun ini.

Jelasnya,"Saya bukan jenis memilih asal orang itu sayang saya dan betul-betul hargai diri saya dan anak-anak, saya akan terima. Kerja apapun saya tak kisah."

"Bila sampai jodoh itu, memang Allah akan bukakan pintu hati dan tiada halangan dari mana-mana pihak."

Pintu hati Maiza terus tertutup dengan sikap bekas suaminya.

"Walaupun dia hendak rujuk, saya tak mahu," kata Maiza.

Kini setelah kemelut rumahtangganya sudah selesai, Maiza bangkit semula untuk menyambung perniagaannya yang terbengkalai selama 6 bulan.

Perniagaan yang diasaskan oleh Maiza sudah berusia 3 tahun dan menjual barang-barang seperti telekung, sejadah, tudung Myza, songkok dan al-Quran.

Sesiapa yang berminat boleh terus hubungi Maiza di talian 0195425363 (Tasya).

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan