Lisa Marie Presley adalah cinta sebenar MJ - Berita Hiburan | mStar

Lisa Marie Presley adalah cinta sebenar MJ

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson (kiri) dan isteri, Lisa Marie Presley hadir ke The 11th Annual MTV Video Music Awards di Radio City Music Hall, New York pada 8 September, 1994. -foto REUTERS
Michael Jackson (kiri) dan isteri, Lisa Marie Presley hadir ke The 11th Annual MTV Video Music Awards di Radio City Music Hall, New York pada 8 September, 1994. -foto REUTERS

CINTA sebenar Michael Jackson selama hayatnya adalah bersama isteri pertamanya, Lisa Marie Presley, menurut penulis biografinya.

Dalam bukunya yang terbaru dan dikemaskini, berjudul ‘Michael Jackson: The Magic, The Madness, The Whole Story,’ J. Randy Taraborrelli mendedahkan Michael mahu Lisa melahirkan anak untuknya tetapi Lisa menolak kerana baginya perkahwinan mereka masih belum cukup kuat.

Dan Lisa bimbang jika mereka bercerai mereka akan berebut untuk hak penjagaan anak mereka dan dimana mereka telahpun bercerai.

Lisa telah berkahwin dengan Michael selama 20 bulan dan perkahwinan mereka adalah pada tahun 1994, lapor satu sumber.

Taraborrelli juga mendedahkan bahawa Michael tidak pernah mahu berkahwin dengan Debbie Rowe, namun dia terpaksa melakukannya setelah didesak oleh keluarganya dan para peminat.

Bagi Michael, Rowe hanyalah sebagai ibu tumpangan untuk anak-anaknya.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan