Dua cerita dari 3 zaman berbeza dalam 'Teater Kompilasi Vol 2'

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Projek “Teater Bertemakan Kemanusiaan” ini memaparkan dua pementasan di dalam satu: Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG
Projek “Teater Bertemakan Kemanusiaan” ini memaparkan dua pementasan di dalam satu: Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG

DUA orang pengarah akan mementaskan dua buah cerita di dalam satu pementasan. Dua cerita dari tiga zaman yang berbeza menjadi tagline bagi Teater Kompilasi Vol 2.

Teater Kompilasi Vol 2 merupakan projek kedua yang diusahakan kumpulan Rumah Anak Teater (RAT) melalui Projek Komuniti Kental (KoKen).

Walaupun secara asalnya dua cerita berbeza tetapi teater kompilasi vol 2 akan menjadi satu cerita kerana kedua-dua cerita berlaku di dalam rumah yang sama. Rumah yang tersergam selama 60 dekad merakam pelbagai peristiwa di dalamnya.

Hanya dua akan dipentaskan iaitu Naturalisasi dan Legasi.

Projek “Teater Bertemakan Kemanusiaan” ini memaparkan dua pementasan di dalam satu: Naturalisasi karya Nam Ron & Fared Ayam dan Legasi karya Moizzisr.CONG.

NATURALISI

Mengisahkan tentang watak Razman, seorang peguam kepada seorang ahli perniagaan yang ternama dan teman baiknya Rahmat, seorang penulis bebas. Suatu malam Razman termenung sendirian di dalam gelap. Kegelisahannya berpunca dari kes perbicaraan membabitkan ahli perniagaan tersebut siang tadi.

Rahmat, yang juga merupakan teman serumah Razman yang baru pulang dapat mengesan perubahan Razman. Mereka berbincang tentang hal tersebut, kemesraan tetap ada walau kadangkala keadaan menjadi agak tegang. Nurul kekasih Razman sampai dengan keadaan marah dan runsing. Setelah dipujuk oleh Razman barulah dia tenang.

Darinya diketahui bahawa Nurul mengandungkan anak Razman. Mereka membuat keputusan untuk berkahwin. Malam itu Nurul tidur di situ, Rahmat marah dengan tindakan Razman. Mereka bertengkar. Pagi besoknya, Rahmat cuba menghasut Nurul dengan membuat satu helah, tujuannya untuk memisahkan hubungan Nurul dengan Razman.

Setelah Rahmat keluar, Razman sekali lagi bertengkar dengan Nurul dan akhirnya Razman terperangkap dengan helah yang dicipta Nurul dan mengaku bahawa dirinya adalah lelaki gay. Nurul terkejut lalu mahu memutuskan hubungan dengan Razman. Tengah hari, Rahmat pulang membawa berita bahawa dia menghidap HIV positif.

KONSEP PEMENTASAN Sepertimana teks ini yang alirannya adalah realisme, sebegitu juga pementasan ini bakal dipentaskan. Daripada gaya lakonannya, isunya hinggalah gaya bahasanya semuanya adalah realistik. Cuma pementasannya nanti akan menggunakan struktur perjalanan cerita atau plotnya yang tidak linear.

Ini kerana dalam pementasan itu nanti akan terdapat bahagian-bahagian yang saya olah menjadi monolog yang akan menunjukkan bahawa watak itu sedang menceritakan perkara yang telah berlaku dan bahagian-bahagian yang tidak saya olahkan menjadi monolog mewakili situasi dimana keadaan yang telah berlaku dan merupakan visual kepada imbasan watak yang sedang termenung dan mengenang perkara semalam.

Pementasan ini akan bermula dengan visual yang akan berlaku di akhir pementasan dan perjalanan plotnya akan sering bertukar-tukar dengan masa sekarang dan semalam. Sehingga akhirnya akan sampai pada situasi yang visualnya telah ditunjukkan pada awal cerita.

Selain itu permainan lampunya juga tidak sepenuhnya realistik kerana terdapat situasi dimana permainan lampu lebih mementingkan mood cerita dan cuba membantu memaparkan atau menyuarakan konflik serta pergolakan jiwa watak ketika itu.

KEKAGUMAN

Kekaguman dalam pementasan ini adalah bagaimana perjalanan cerita ini yang menggunakan konflik kekacauan jiwa dua orang lelaki yang terjebak dalam cinta sejenis dan kehadiran seorang perempuan dalam hidup salah seorang watak itu untuk mengupas serta memberi perlambangan kepada kekotoran yang berlaku dalam dunia politik itu sendiri.

Bagaimana penulis menjadikan hubungan cinta sejenis dan penyakit HIV itu sebagai premis untuk melambangkan kepada watak manusia yang tidak dapat lari lagi atau berpatah balik setelah sekali terjebak dalam dunia yang korup.

Suka atau tidak, terpaksa atau sengaja, mereka tetap harus menghadapinya. Yang menentukannya hanyalah sama ada mereka kuat atau lemah, menang atau kalah.

Konflik-konflik yang seolah-olah tiada peleraiannya inilah menjadi unsur kekaguman selain permainan lampu yang banyak menggunakan visual yang lembut serta banyak bermain dengan silhouette dan shadows untuk menimbulkan mood yang agak sentimental bersesuaian dengan konflik jiwa yang sedang dihadapi oleh watak-watak serta perjalanan ceritanya yang memang agak moody.

Teater ini dilakonkan oleh Zahiril Adzim (Rahmat), Amerul Affendi (Razman) dan Noris Ali (Nurul).

LEGASI

Legasi sebuah cereka yang mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang saling mencintai di antara satu sama lain sepenuhnya akan tetapi mempunyai sisi persepsi paksi politik yang berbeza.

Ia berlatar belakangkan kepada budaya politik Malaya 1940an. Cikgu Bakar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah elitus Melayu lepasan Sultan Idris Teachers College yang menyokong dan bersama menggerakkan Kesatuan Melayu Muda (KMM).

Apabila KMM mulai lemah (1945), ramai pemimpin utama kesatuan itu mengambil pendirian untuk meninggalkan KMM, termasuklah Cikgu Zaharah, namun ianya tidak melibatkan Cikgu Bakar.

Hal ini adalah kerana Cikgu Bakar tetap terus berpaksi kepada perjuangan KMM. Konflik persepsi politik ini terus menyelubungi kehidupan Cikgu Bakar dan Cikgu Zaharah.

50 tahun kemudian, di hari-hari terakhir Cikgu Bakar, dia sempat berjumpa dengan cucu perempuannya yang merupakan seorang liberal anthropologist, Suhaila. Bersama Suhaila, Cikgu Bakar merungkai pengalaman, pandangan, kepercayaan politiknya. Adakah Suhaila akan meneruskan “LEGASI” yang di bangunkan oleh Cikgu Bakar. Latar Belakang Penceritaan 1940 an meninggalkan ‘ legasi’ nya yang tersendiri kepada Malaysia ( Malaya ). Waktu ini Malaysia segar membangun dari segi ideologi, percaturan politik dan semangat untuk tuntutan kemerdekaannya.

Sepasang suami isteri, Cikgu Bahar dan isterinya, Cikgu Zaharah adalah dua orang guru lepasan SITC, hidup dalam kasih sayang yang sepenuhnya. Namun, pasangan elitis Melayu ini berhadapan dengan masalah orentasi perjuangan mereka sehingga merobek kasih sayang mereka.

Apakah kasih sayang yang disemai di antara mereka mampu mempertahankan percintaan mereka. menjelang akhir 1980 an, Cikgu Bahar bertemu dengan cucu perempuannya, Suhaila, seorang antropologis liberal.

Di suatu ruang masa mereka berdua merungkai ‘legasi’ percintaan dalam perjuangan ini. Adakah ‘legasi’ klasik ini masih berupaya bernafas di zaman peradaban moden ini.

Teater ini dilakonkan oleh Taiyuddin Bakar (Cikgu Bakar), Dira Abu Zahar (Cikgu Zaharah), K’N (Cikgu Rosley) dan Nur Ameera (Suhaila).

Teater Kompilasi Vol2 akan dipentaskan di Stor Teater DBP, 11-16 Ogos sebanyak lapan pementasan; 8.30 malam dan 3 petang (15 & 16 Ogos). Masuk atas sumbangan minima RM20. Latarbelakang RAT Rumah Anak Teater atau nama singkatannya RAT ditubuhkan secara tidak rasmi pada Oktober 2008. Ianya diasaskan oleh Nam Ron bersama beberapa anak muda graduan ASWARA. RAT adalah sebuah kumpulan yang dianggotai oleh penggiat muda seni persembahan. Penubuhan RAT pada asasnya adalah bagi memastikan kesinambungan kerja-kerja seni persembahan diteruskan oleh anak-anak muda melalui bengkel, diskusi dan persembahan.

Bagi memastikan usaha-usaha ini bergerak, RAT telah melaksanakan suatu rancangan jangka panjang yang dinamakan Projek Komuniti Kental atau singkatannya Projek KoKen. Projek Komuniti Kental (KoKen) adalah nama yang diberikan kepada sekumpulan penggiat muda seni persembahan yang menganggotai Rumah Anak Teater (RAT).

Projek ini adalah sebagai satu landasan atau tapak bagi mereka berkongsi idea dan pemikiran dalam kerja-kerja seni persembahan dengan ahli masyarakat.

RAT memberi satu ruang untuk berkumpul, berkongsi, berkolaborasi dan melaksanakan kerja- kerja seni dalam bentuk produksi dan pengembangan serta penggalakan seni di Malaysia. Sebarang tempahan dan pertanyaan, boleh dilayari dari http://rumahanakteater.blogspot.com/ atau hubungi Faisal Mustaffa 019-2232002 atau faisal.mustaffa@gmail.com Tenaga Produksi

Pengarah Artistik/ Penerbit

NAM RON atau nama sebenarnya Shamili Abdan (39 tahun) merupakan seorang pengarah, penulis, pelakon teater, tv dan filem. Di arena teater beliau mula terlibat dengan aktiviti ini bermula dari tahun 1989.

Pada tahun 2000, selepas tamat pengajian di Akademi Seni Kebangsaan beliau menubuhkan Alternative Stage dan menjadi pengarah artistik hingga kini.

Selain dari pengiat seni beliau juga turut menyumbang tenaga sebagai pensyarah sambilan di Jabatan Teater, ASWARA. Beberapa karyanya telah tercalon ke peringkat akhir di Anugerah Seni Cameronian sebagai pengarah, pelakon dan penulis antaranya adalah Lembu, Matderihkolaperlih, Laut lebih Indah dari Bulan dan VV(WIP).

Pada tahun 2003 Matderihkolaperlih memenangi ketegori skrip bahasa melayu terbaik pada anugerah tersebut.

Pencapaian beliau yang lain adalah apabila menerima anugerah graduan cermerlang bagi ketegori teater oleh ASWARA pada tahun 2007. Nam Ron juga adalah salah seorang ahli dalam pertubuhan Lohan Journey, sebuah pertubuhan teater antarabangsa yang bertapak di Tokyo.

FARED AYAM

Fared Ayam atau nama sebenarnya Mohd Fared Jamaluddin (24 tahun) adalah teruna berdarah kacukan serta berambut ikal mayang yang sentiasa penuh dengan cinta dan kemarahan dan pernah berkali kali gagal dalam percintaan.

Juga sering tertanya-tanya tentang siapa dia di mata masyarakatnya lalu menjadikan teater, puisi dan segala macam cabang seni sebagai laman luahan ketidakpuashatian. Antara pementasan hasil pengarahan dan lakonannya termasuk kolaborasi teater eksperimen TANDA, WAKTU eksperimental merdeka, NATURALISASI, SHORT EYES, BREAKING /JI PO/ KASI-PE-CAH (Kuala Lumpur, Jepun, Singapura), INSTANT CAFE KURANG MANIS, UDA dan DARA serta ProjekKoken:TEATER KOMPILASI VOL 1. Beliau juga telah dicalonkan sebagai Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award untuk tahun 2008. Juga merupakan penulis bersama Zahiril Adzim untuk ruangan Living Culture di website www.thenutgraph.com.

MOIZZISR.CONG

Moizzisr. Cong atau nama sebenarnya Mohd Izzuddin Ismail merupakan graduan Penulisan Kreatif ASWARA 2009. Beliau kini seorang penulis sepenuh masa. Beliau pernah melibatkan diri sebagai penulis bersama untuk pementasan ‘ Waktu - 50 tahun Merdeka’, penulis bersama untuk telemovie ‘ GADOH ’, penulis asal skrip untuk Muzikal Tun Abdul Razak untuk Istana Budaya arahan Dato’ Rahim Razali ( Ogos 2009).

ZAHIRIL ADZIM

Graduan dari ASWARA (Diploma Teater) ini pernah berlakon ialah kolaborasi Teater Eksperimen Tanda dan Fatihah.

Antara lakonan pentas beliau ialah Aircon, Instant Cafe Kurang Manis, Pentas Opera, Uda dan Dara, Naturalisasi, Si Yatim Chao, Gema Merdeka dan banyak lagi. Selain itu, beliau juga bergiat dengan lakonan filem dan TV. Filem lakonan beliau ialah Gadoh, Kami The Movie dan Karaoke, sementara lakonan TV pula ialah Merah Puteh, Ghost 2, KAMI The Series, Waris, 100 Harijadi, ABAM dan Seandainya Aku Siti.

Dengan bantuan FINAS, beliau telah dihantar ke Festival Filem Cannes, Perancis, untuk menghadiri tayangan filem Karaoke dan juga pencalonan Camera d'Or (Golden Camera).

Beliau juga pernah tercalon sebagai 'Most Promising Artist' - Boh Cameronian Awards, KLUE Blue Chili Awards dan juga Best On Screen Chemistry - 8TV Shout Awards bagi filem KAMI The Movie.

Zahiril Adzim juga seorang penulis bersama Fared Ayam untuk ruangan Living Culture di laman web www.thenutgraph.com

SALLEHUDDIN ABU BAKAR

Salehuddin Abu Bakar @ Taiyuddin Bakar (26) seorang artis independen yang terlibat dalam banyak aktiviti seni termasuk filem, teater, siri tv dan filem pendek.

Terlibat sejak 2002, Taiyuddin sudah berlakon sebanyak 28 teater, 5 filem dan 25 siri tv dan filem pendek. Selain itu, beliau juga pernah terlibat dalam menyumbang suara dalam beberapa suara latar dalam kempen dan pengiklanan.

Antara teater yang pernah dilakonkan oleh Tai ialah Tun Abdul Razak The Musical (2008), Jebat Menderhaka (2007), Mak Yong (2004) dan Perempuan Seorang Lt Inggeris (2002). Selain Legasi di dalam Teater Kompilasi vol 2, pada tahun 2009 juga terlibat dalam teater Gelanggang dan Sirah Junjungan Tahajud Cinta.

Melalui filem, beliau pernah berlakon di dalam filem Libas (2009), Lu Pikirlah Sendiri de Movire (2008), Punggok Rindukan Bulan (2008), 1957 Hati Malaya (2007) dan Mokhsin (2006).

Tai terlibat dalam lakonan siri tv sejak 2003. Antaranya ialah Sayangnya Khalid (2003), Daerah Permai (2004), Anjakan (2005), Selamat Hari jadi Abah (2006), Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Aca da Atuk (2009).

Taiyuddin yang juga seorang pengarah tujuh (7) pementasan teater pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Teater Kuala Lumpur (2005) melalui pementasan Anak Bulan di Kg Wa’ Hassan.

Di dalam Legasi, Tai akan melakonkan watak Cikgu Bakar.

Beliau boleh diubungi melalui 017-6393915 or racism_anti@yahoo.com

NORIS ALI Noris Ali atau nama sebenarnya Norisnainy binti Ali (29) ialah pelakon sepenuh masa dalam banyak telemovie, filem, sitcom. Teater Kompilasi Vol 2 ini merupakan penceburannya pertama kali bagi menimba pengalaman.

Antara filem yang pernah dibintangi ialah Histeria dan Remp-It. Telemovie yang pernah dibintanginya ialah Papan (Astro Ria), Loghat (RTM) dan Laila Sari (Astro Ria). Noris juga banyak terlibat dalam lakonan drama tv dan menjdi model iklan.

KHAIRIL RIDZUAN

Anak kelahiran Pulau Langkawi ini lebih selesa di panggil KN. Graduan Diploma ASWARA ini mula bergiat secara serius seawal tahun 2004 lagi. Antara produksi yang pernah beliau terlibat seperti Atap Genting Atap Rumbia, Percakapan Seorang Oedipus, Bilik Sulit, Dua Bulatan Pukul Enam dan banyak lagi. Pernah bekerja dengan Suhaimi Baba dalam filem 1957 : Hati Malaya dan siri Anak Pontianak. Sekarang beliau menjadi pelakon sepenuh masa.

NUR AMEERA BT MOHD RAMLI Gadis berusia 23 tahun yang dibesarkan di Kuala Lumpur ini mula melanjutkan pelajaran dalam bidang lakonan di UiTM pada tahun 2004 dalam jurusan Seni Persembahan (Seni Lakon) sebelum melanjutkan pelajaran ke Jabatan Drama Universiti Malaya, juga dalam jurusan yang sama. Sikap ramah dan mudah didekati beliau menyebabkan beliau banyak mendapat tawaran untuk berlakon dalam short film oleh para pelajar kursus skrin semasa di UiTM, walaupun beliau merupakan seorang pelajar teater.

Bermula dengan teater 'Selednag Jiwa', beliau kemudiannya terlibat dalam teater "Alang Rentak Seribu' arahan Azhan Abd Rani sebagai pelakon dan teater Muzikal Ram, juga sebagai pelakon sebelum menyertai Festival Teater Selangor 2006 bersama THE ART STAGE CLUB (A.S.C) melalui teater 'Ayam Jantan Ayam Betina' dan 'Wajaj Lumpur' sebagai WATI. Melalui watak Wati, beliau telah memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi Festival Teater Selangor 2007 dan Festival Teater Kebangsaan 2008. Selain itu, beliau juga banyak terlibat dalam program mendeklamasi puisi sebagai penyajak, sebagai pekerja belakang tabir produksi teater dan terlibat sebagai korus dalam Teater URMI yang dipentaskan di Istana Budaya. Teater THE BIRDS merupakan penilaian beliau di Universiti Malaya yang dipentaskan di Auditorium Muzium Negara. Teater terakhir beliau merupakan MAK YONG TITIS SAKTI arahan Zizie Zulkifli yang dipentaskan di KLPAC baru-baru ini.

'Tangan kiri Ayah' adalah persembahan monodrama beliau yang telah berjaya di Festival Teater Selangor baru-baru ini dan terpilih untuk dipertandingkan ke peringkat kebangsaan. Beliau boleh dihubungi melalui email adi_mirr@yahoo.com AMERUL AFFENDI

AMERUL AFFENDI adalah graduan diploma Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang sekarang di kenali ASWARA dalam teater. Sekarang menyambung pelajarannya peringkat ijazah di Universiti Malaya. Banyak berlakon dalam teater, filem pendek, filem dan televisyen. Teater, Pentas Opera, Si Yatim Chao, Tanda, Waktu experimental Merdeka, Air Con, Uda dan Dara. Filem pendek, Aman dan kenapa ayah tak tanam pisang, Gadoh. Filem, Karaoke dan Jimbo. Televisyen, Rona Roni makaroni, Rembat dan Misteri Penarik Becha.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan