Anak Akhil suka 'Aunty Wawa' jadi ibu

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Waheeda semakin rapat dengan anak Akhil Hayy. foto-UTUSAN
Waheeda semakin rapat dengan anak Akhil Hayy. foto-UTUSAN

SUARA penyanyi yang pernah melonjak namanya menerusi lagu Wassini ini kedengaran cukup ceria di talian telefon, lewat petang semalam.

Agak lama juga Waheeda 'menyepikan' diri setelah hebat dikecam gara-gara isu dirinya yang dikatakan menjadi punca pergolakan rumahtangga penyanyi dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan bekas isterinya Maizawati Zainal yang akhirnya bercerai dengan talak satu pada pertengahan bulan lalu.

Malah, penyanyi berusia 30 tahun ini dilihat terus 'menyembunyikan' diri walaupun kes perceraian Akhil telah selesai. Namun, pendedahan Akhil baru-baru ini yang mengatakan Waheeda sedang sakit akibat tekanan dan tidak menolak ada unsur sihir dibuat terhadap penyanyi itu agak mengejutkan banyak pihak.

Tidak pasti pula sejauh mana kesahihannya apatah lagi Waheeda sendiri sukar dihubungi untuk mendapatkan penjelasan tentang kesihatannya itu. Namun, kesempatan berbual dengannya semalam, kata Waheeda, dia lebih selesa untuk tidak berbicara lanjut tentang kesihatannya itu.

"Saya tidak mahulah komen tentang perkara itu. Apa yang boleh saya katakan, saya sedang dalam proses memulihkan diri, tetapi alhamdulillah, keadaan saya semakin baik," tuturnya.

Ditanya tentang perkembangan dirinya setelah agak lama mendiamkan diri, ujar Waheeda, dia sudah nekad untuk tidak kembali aktif di dalam bidang seni, sama ada sebagai penyanyi mahupun pelakon.

"Saya sudah tolak semua undangan nyanyian termasuklah lakonan. Begitu juga dengan program Cafe Akhil Hayy kerana saya juga tidak pasti sama ada program itu akan diteruskan lagi atau tidak.

"Ketika ini, saya tidak lagi terlibat dengan sebarang aktiviti seni. Cuma saya masih lagi terbabit dengan Digi Superstar kerana terikat dengan kontrak setahun. Apapun, saya tidak menganggap diri saya sebagai artis lagi sekarang.

"Sudah lama keputusan ini saya buat, sebelum tercetusnya kontroversi itu lagi. Biarlah saya jadi seperti orang biasa. Dan saya amat gembira dengan hidup saya sekarang," kata Waheeda yang menambah dia mempunyai perancangan dan projek sendiri untuk dilakukan selepas ini.

Ditanya adakah subjek perkahwinan juga menjadi salah satu perancangannya selepas ini, sambil ketawa, kata Waheeda, dia hanya berserah tentang perkara jodoh kepada Allah.

Namun, sengaja diusik sama ada Akhil adalah lelaki yang akan bergelar suaminya kelak, Waheeda menjawab:

"Kalau dah namanya jodoh, kita tolak macam mana pun, tetap ia adalah jodoh. Benda macam ni, kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Jadi, tunggu saja lah."

Ujar Waheeda, jika benar jodohnya satu hari nanti adalah dengan lelaki yang bernama Akhil Hayy itu, dia sebagai hamba-Nya tidak mampu menolak. Malah, tambahnya, dia tidak kisah andai kata takdir itu secara tidak langsung akan mengukuhkan persepsi orang tentang dirinya yang menjadi orang ketiga di dalam pergolakan rumahtangga Akhil sebelum ini.

"Orang boleh bercakap apa saja kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Saya akui, kami masih lagi 'keep in touch'. Saya senang dengan peribadi Akhil yang sangat penyabar dan cukup bertanggungjawab," katanya, ringkas.

Tutur Waheeda lagi, dia sendiri telah mengenali anak sulung dan anak kedua Akhil iaitu Siti Nur Maisarah, 12, serta Mohd Syarif Idayatullah, 11; dan akui cukup akrab dengan mereka ketika ini.

"Adakalanya, jika saya berkesempatan, Akhil akan bawa saya bertemu dengan Maisarah dan Syarif di rumah kakak iparnya. Mereka kini memang berada di bawah jagaan Akhil, tapi buat sementara waktu, mereka tinggal di rumah kakak iparnya untuk memudahkan proses persekolahan.

"Dan saya akui, hubungan saya dengan anak-anak Akhil ini memang rapat. Malah, Maisarah pernah tidur di rumah saya ketika pertama kali dia datang ke Kuala Lumpur tidak lama dulu. Kami berkongsi cerita dan bercakap tentang banyak perkara.

"Apa yang cukup buat saya terharu ialah apabila menerima lukisan daripadanya dengan ayat 'I Love Aunty Wawa'. Dan saya juga tersentuh bila mendapat tahu mereka sering berlatih menyanyikan lagu terbaru Akhil berjudul Ibu dan menurut ibu saudara mereka, lagu itu mereka ingin nyanyikan kepada saya," luah Waheeda dalam nada perlahan.

Keakraban yang terjalin antaranya dan anak-anak Akhil mungkin sedikit-sebanyak akan 'membuktikan' bahawa dia dan Ustaz Rock itu memang mempunyai hubungan istimewa. Namun, soal Waheeda dalam nada ringkas:

"Tidak salahkan jika seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan anak-anak kawannya itu?"

Ditanya, adakah anak-anak Akhil pernah melahirkan 'hasrat' untuk menganggap Waheeda sebagai'ibu', lebih-lebih melihat kepada kemesraan yang terbentuk itu, penyanyi ini akui tentang perkara itu.

"Mereka memang ada cakap macam tu. Mungkin kerana kami sendiri memang amat mesra. Lagipun saya memang sukakan kanak-kanak," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan