Siti pelapis Sheila Rusly dalam 'Citarasa Selebriti'

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dalam sibuk menyiapkan album 'Tahajjud Cinta', Siti masih sempat menjayakan rakaman program 'Citarasa Bersama Siti Nurhaliza'. -foto mStar
Dalam sibuk menyiapkan album 'Tahajjud Cinta', Siti masih sempat menjayakan rakaman program 'Citarasa Bersama Siti Nurhaliza'. -foto mStar

DALAM penyanyi Datuk Siti Nurhaliza sibuk merakamkan album kerohaniannya iaitu ‘Tahajjud Cinta’, masanya turut diluangkan untuk satu kerjaya baru yang sedang diceburinya sekarang.

Kerjaya penyanyi yang popular dengan gelaran Siti ini kini berkembang kepada bidang pengacaraan dan masakan yang sememangnya tidak pernah ditonjolkan sebelum ini.

Buat kali pertamanya, wajah Siti akan muncul di kaca televisyen menerusi program masakan, ‘Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza’ mulai 21 Ogos ini, setiap hari Isnin, Selasa dan Rabu, pukul 11.05 pagi di RTM1.

Berbicara tentang komitmen, Siti berkata dia telah melakukan seperti yang sudah diaturkan.

Syukurlah, Siti telah selesai menjalankan rakaman kesemua episod program itu semalam, menerusi Global Station Sdn. Bhd. selaku syarikat produksi yang menerbitkan program masakan 15 episod itu.

Program masakan yang diarahkan oleh pengarah dan pelakon terkenal Erma Fatima itu telah mula dirakam sejak dua minggu lalu di beberapa ruang dan sudut banglo Siti di Bukit Antarabangsa.

Antara cabaran yang dilaluinya, jelas Siti, kru termasuk pihak produksi yang seramai 15 orang itu terpaksa menukar-nukar tempat memasak kerana masalah cuaca yang tidak menentu.

“Sepatutnya kita dah sediakan meja dan tempat iaitu di tengah-tengah halaman rumah Siti namun sebab hujan kita terpaksa berpindah ke dalam rumah,” luahnya yang tidak pernah lekang dengan senyuman.

Siti tampak seronok dengan apa yang dilakukan kerana dia sudah biasa dan tidak kekok melakukan kerja dapur.

Lantas, apabila tawaran diberitahu oleh kakak iparnya, Zaiton Mohd. Jiwa atau lebih mesra dengan panggilan Kak Eton, Siti bagaikan ‘pucuk dicita ulam mendatang’.

“Apabila Kak Eton tanya saya sama ada berminat atau tidak untuk membuat program masakan, saya tertanya-tanya juga sama ada boleh ke buat program tu?

“Tetapi lepas saya bersetuju, terus kami berbincang tentang jadual kerja saya dan memulakan penggambaran.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya mengendalikan program masakan. Jadi, saya, Kak Rozi (Rozi Abdul Razak) dan Kak Eton berbincang tentang resepi dan konsep yang ingin dipaparkan.

“Setiap episod cuma ada tiga resepi iaitu hidangan utama, pencuci mulut dan bebas,” kata Siti dalam nada gembira.

Antara menu yang telah dimasak oleh Siti adalah Sup Cendawan Purnama Merindu, Tomyam Campur Pancawarna, Ikan Bawal Cili Padi Kau Kekasihku, Pulut Serawa Durian Seribu Kemanisan dan Ayam Tiram Serai Badarsila.

Menurut Siti yang turut memasak menu kesukaannya iaitu gulai tempoyak ikan patin, memandangkan dia bukanlah datang dari latar belakang seorang chef, jadi dia turut mendapatkan bantuan daripada chef selebriti popular iaitu Chef Zam tentang selok-belok membuat program masakan yang turut memerlukan kepandaian untuk berceloteh.

“Chef Zam membantu saya dalam penyediaan bahan masakan.

“Di samping itu, dia ada juga memberikan beberapa petua dan tips untuk dikongsi bersama penonton seperti menyediakan dan menyusun bahan masakan serta memasak.

“Misalnya petua jika hendak memasak ayam, kita perlu pastikan dagingnya betul-betul masak kerana di dalamnya mengandungi kuman yang boleh membuatkan kita keracunan makanan.

“Selain itu, banyak resepi yang saya pelajari daripadanya,” ujar Siti yang turut menjemput selebriti dan orang yang rapat dengannya bagi setiap episod untuk berkongsi cara mereka memasak.

Seperti kata Kak Eton, program masakan kelolaan Siti ini tidak mengundang selebriti semata-mata.

“Program masakan Siti turut memanggil jurusoleknya iaitu Nurul Shukor, pereka fesyen Radzwan Razwill, wartawan Hartati Hassan Basri termasuk Datuk Shah Rezza yang pernah menguruskan perkahwinannya dahulu,” tuturnya.

Memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir tiba, Siti berkata dia hanya menumpukan kepada album kerohanian dan majlis berbuka puasa yang akan dihadirinya nanti.

Siti ganti tempat Sheila Rusly?

Menurut Zaiton, sebelum ini dia telah menerbitkan program masakan, Citarasa Selebriti kelolaan pengacara dan pelakon Sheila Rusly sejak empat tahun lalu.

Namun, memandangkan Sheila sudah mempunyai program masakan sendiri, dia terpaksa mencari penggantinya sehinggalah dia terpanggil untuk menawarkan Siti sebagai pelapisnya.

“Saya memang minat sangat dengan program masakan ni jadi sebab itu saya mahu teruskan menerbit program ini.

“Kebetulan, Siti boleh memasak sebab selain menyanyi Siti boleh menunjukkan kepakaran dalam bidang memasak.

“Apabila saya tanya, dia kata ‘ok’. Secara kebetulan pula, saya mendapat tawaran daripada RTM untuk membuat sebuah program masakan 15 episod selama satu jam.

“Program ini akan disiarkan sepanjang bulan puasa termasuk sebuah episod khas yang disiarkan pada Hari Raya.

“Dalam episod khas selama satu jam itu, Siti akan menyediakan masakan kegemarannya di Hari Raya pertama yang selalu dimasaknya dengan turut melibatkan ahli keluarganya,” jelas Zaiton yang khabarnya akan menerbitkan drama bersiri popular ‘Spa Q 3’.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan