Simon Cowell mengaku guna Botox - Berita Hiburan | mStar

Simon Cowell mengaku guna Botox

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juri American Idol, Simon Cowell dan kekasihnya Terri Seymour menghadiri pertandingan akhir American Idol di Los Angeles, California pada 21 Mei 2008. -fotoREUTERS
Juri American Idol, Simon Cowell dan kekasihnya Terri Seymour menghadiri pertandingan akhir American Idol di Los Angeles, California pada 21 Mei 2008. -fotoREUTERS

SIMON COWELL yang memiliki nama besar dalam industri muzik mengaku bahawa dia menggunakan Botox.

Cowell, 49, mendedahkan dia telah menyuntik Botox untuk menghilangkan kedutan diwajahnya.

Cowell juga menambah dia terkejut apabila melihat rakannya antara hakim dalam rancangan 'The X Factor', Cheryl Cole langsung tidak berminat terhadap Botox.

"Saya menggunakan Botox. Semua orang juga yang ingin nampak cantik juga menggunakan Botox, kecuali Cheryl Cole," katanya.

"Saya terkejut ketika dia duduk bersebelahan saya dan mengerutkan dahinya. Dahi dia sebenarnya berkedut. Pada masa itu saya fikir, Whoa! Saya tidak pernah melihat kedutan yang sebegitu. Ia sangat berbeza.

"Pada saya Botox bukanlah perkara yang wajib diguna setiap hari berbanding ubat gigi. Ia berkesan, hanya amalkannya setahun sekali, siapa peduli?," tambahnya lagi.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan