Noraniza: Tak ada masa nak layan suami orang, saya tak nak jadi seperti dulu!

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noraniza Idris semasa melancarkan album
Noraniza Idris semasa melancarkan album "Aura" yang menghimpunkan lagu-lagu etnik. -foto THE STAR oleh SHAARI CHE MAT

BILA bergelar janda cantik, tentu banyak gosip tidak enak akan singgah di telinga. Bagi Raja Pop etnik, Noraniza Idris, semua ini sudah menjadi kain basahan buatnya.

Noraniza atau lebih mesra dengan sapaan Kak Ani sudah lali dengan gosip sebegini. Tak ada apa yang memeranjatkan beliau ketika ditanya benarkah dia sedang hangat bercinta dengan suami orang....lagi!

Namun Kak Ani yang baru saja bercerai buat kali kedua, menafikan dia bercinta dengan suami orang selepas bercerai dengan bekas suami pertamanya, penyanyi Mohammad Fauzi Ahmad Tajuddin atau Fareez.

"Oh... tak ada masa. Mana ada calon-calon kalau banyak kerja buat 'paper work', jumpa dengan ramai orang. Kalau ada pun, klien yang berbincang sama-sama pasal kerja.

"Kalau ada gambar, sila tunjukkan siapa dan saya boleh tunjukkan siapa individu atau klien saya. Saya kahwin dan bercinta dengan projek. Oleh itu, jangan percaya pada khabar-khabar angin tersebut," kata Noraniza, 41, ketika dihubungi mStar Online.

Penyanyi yang selalu melagukan lagu-lagu Irama Malaysia ini berkata dia tidak ambil pusing tentang apa saja cakap negatif tentangnya.

Jauh sekali hendak mengulas gosip atau mempertahankan diri bahawa dia sedang bercinta dengan suami orang di laman Internet. Bagi Kak Ani semua itu tidak ada faedahnya.

Menurut Kak Ani, dia sibuk mempromosikan singlenya "Enjut" di samping mengusahakan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd bersama anak sulungnya, Mohammad Aliff Haiqal, 20.

Katanya, syarikat tersebut merupakan penerbit, cakera padat (CD), buku, cakera padat video (VCD), dokumentari, bengkel dan acara.

"Saya tak nak jadi seperti dulu. Dulu, saya kerja dengan bekas suami. Sekarang saya kena fokus pada matlamat malah kedua-dua anak dah bersetuju saya bekerja untuk menyara kehidupan," kata Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Selain gosip yang melempias Kak Ani Noraniza "perampas" suami orang, ada juga yang tidak senang dengan keterampilannya berpakaian serba ketat.

"Sekali sahaja saya pernah berpakaian ketat dalam program TV3, "Jangan Tidur Lagi" kerana baju tersebut 'mengecut' selepas dihantar untuk dry-cleaning.

"Ketika program itu, saya hanya ada baju tersebut dan oleh kerana kesuntukan masa, saya terpaksa menggunakan selendang untuk menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang terlalu ketat sehingga menampakkan susuk badan," ujar artis yang memulakan kerjaya nyanyian dalam majlis perkahwinan sebelum menempa nama dalam Bintang RTM tahun 1985.

"Semenjak insiden itu beberapa tahun lalu, saya berpakaian casual tapi bertata-tertib sampai bila-bila," jelas Kak Ani.

Sambil mengeluh, Kak Ani meminta penyebar gosip tersebut agar menilai semula perbuatan mereka.

"Nilaikan balik. Kadang kala tidak faham apa yang dia orang nampak. Saya akan berubah jika itu adalah kritikan secara positif. Teguran boleh dibuat dan tidak payah mewujudkan gosip untuk mengaibkan orang.

"Selama ini pun, saya tidak pernah keluar ke tempat-tempat yang terbuka dengan pakaian yang menjolok mata," kata ibu kepada dua anak ini.

Hasil perkongsian hidup Noraniza dan Fareez yang bernikah pada 31 Mac 1988 mengurniakan Mohammad Aliff Haiqal, 20, dan Mohd. Alfeeq Haiqal, 16.

Ternyata Kak Ani tidak terdaya lagi untuk menepis apa-apa gosip yang dilemparkan kepadanya. "Biarkanlah mereka yang sebarkan gosip... mungkin mereka dah tiada bahan untuk gosip lagi," ujar Noraniza dengan nada kehampaan.

Kak Ani mempersoalkan kenapa soal tersebut hanya timbul selepas perceraiannya dengan Fareez disahkan pada 4 Mei 2006 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Adakah ratu pop tradisional ini serik berkahwin lagi? Jawab Noraniza: "Tidak serik berkahwin kerana telah pun berkahwin dengan pekerjaan... 100 peratus kerjaya."

Kata Noraniza, dia tekad ingin membeli tanah dan mendirikan rumah untuk anak-anaknya pada hujung tahun ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan