MJ suka berjenaka ketika sedang berlatih - Berita Hiburan | mStar

MJ suka berjenaka ketika sedang berlatih

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Bukan sahaja gemar berbual malah Michael juga dilaporkan selalu berjenaka dengan kawan-kawanya. foto-REUTERS
Bukan sahaja gemar berbual malah Michael juga dilaporkan selalu berjenaka dengan kawan-kawanya. foto-REUTERS

RAJA Pop Michael Jackson gemar berjenaka dengan krew yang terlibat dalam konsertnya ketika sesi latihan dedah seorang pemain gitar Australia yang akan membuat persembahan bersama penyanyi tersebut.

Orianthi "Ori" Panagaris mendedahkan penyanyi yang hit dengan lagu 'Thriller' itu kelihatan santai, tenang dan tahu apa yang dia lakukan.

Michael juga gemar bergaul dengan krew-krew yang terlibat. Bagi Michael kesemua mereka adalah sama sahaja.

"Beberapa kali mikrofonnya diletakkan di merat tempat, jadi kita dapat mendengar Michael berborak di bilik mekap artis dan kita juga dapat dengar Michael menyanyi lagu opera dan ketawa," kata Ori.

"Michael suka apabila orang berjenaka dengannya," tambahnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan