Katherine atur pertemuan anak-anak Michael dengan 'Miss Debbie'

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sumber yang dekat dengan keluarga Jackson, Kevin Mclin, berkata Katherine sedang mengaturkan satu pertemuan antara kedua-dua anak Michael dengan ibu kandung mereka Debbie Rowe. - foto AFP
Sumber yang dekat dengan keluarga Jackson, Kevin Mclin, berkata Katherine sedang mengaturkan satu pertemuan antara kedua-dua anak Michael dengan ibu kandung mereka Debbie Rowe. - foto AFP

KATHERINE Jackson menyalahkan penganjur AEG atas kematian anaknya dan beliau beberapa kali merayu kepada Michael supaya menarik diri daripada meneruskan jadual ketat untuk 50 persembahan yang bakal dilakukanya.

Katherine yang masih lagi dihantui dengan perasaaan sedih dengan pemergian anaknya percaya sepatutnya banyak lagi yang boleh dilakukan oleh beliau untuk menyelamatkan Michael.

Beliau mendedahkan seminggu sebelum Michael meninggal dunia beliau telah beberapa kali merayu kepada anaknya itu supaya tidak meneruskan konsert.

Beliau kini bercadang untuk menyaman penganjur konsert AEG selepas pihak perubatan dari syarikat itu.

Kata Katherine, Michael cukup cergas untuk meneruskan persembahanya walaupun situasi kesihatan penyanyi terkenal itu sebenarnya adalah membimbangkan.

Sumber yang dekat dengan keluarga Jackson, Kevin Mclin, berkata Katherine sedang mengaturkan satu pertemuan antara kedua-dua anak Michael dengan ibu kandung mereka Debbie Rowe.

"Sudah lama Debbie tidak pernah berjumpa dengan Prince dan Paris," katanya

Katherine yang dikatakan sudah bersetuju untuk menemukan Debbie dengan Prince dan Paris hanya akan memperkenalkan beliau sebagai 'Miss Debbie' dan bukan sebagai 'ibu' kepada mereka.

Kevin juga menjelaskan Prince yang paling terasa dengan kehilangan Michael kerana beliau yang sering bersama-sama dengan ayahnya.

"Prince Michael lah yang paling sedih dengan kehilangan ayahnya. Michael sering membawanya kemana sahaja termasuklah urusan bisnes dan ke studio," kata Kevin yang sudah mengenali Raja Pop itu selama 34 tahun.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan