Hati 'Gadis Melayu' dan Saiful bertaut kerana hadis

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aida tergolong dalam gadis 'pakej lengkap' - lemah-lembut, berbudi bahasa, jelita dan macam-macam lagi.
Aida tergolong dalam gadis 'pakej lengkap' - lemah-lembut, berbudi bahasa, jelita dan macam-macam lagi.

SETIAP jejaka sering mengimpikan perkenalan dan perkahwinan dengan gadis cantik. Tambah elok kalau berhemah tinggi, kaya pula dengan budi bahasa.

Bukan senang mencari gadis 'pakej lengkap' begini. Mungkin disebabkan itu, program realiti 'Gadis Melayu' anjuran TV9 merupakan satu saluran yang tepat untuk lelaki yang sedang mencari calon.

'Gadis-gadis Melayu' yang menjadi peserta-program realiti ini bukan calang-calang kerana mereka sering menjadi rebutan.

Juara program realiti 'Gadis Melayu' musim pertama, Khairul Noormaidah Zali atau Aida adalah antara gadis pingitan yang paling laku.

Dan seperti ramai gadis jelita, Aida tidak dapat lari dari gosip dan dikatakan sedang intim dengan seorang pembaca berita Buletin Utama TV3.

Aida yang dihubungi mStar Online mengakui dia memang sedang dalam proses mengenali seorang jejaka. Katanya, dia telah mengenalinya selama lima bulan.

"Betullah... kami kawan aje. Selalu tolong masa praktikal... tak fikir lagi nak bertunang atau berkahwin, hanya berkawan.

"Kami dah selesa sekarang. Apa yang boleh saya katakan perkenalan kami adalah kerana hadis," kata Aida yang ketika itu berada di Kuantan, Pahang untuk mengacarakan satu konvokesyen dan membuat persembahan konsert di alma-mater, Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah.

Bagaimanapun, Aida berkata, acara tersebut terpaksa ditangguhkan kerana ada pelajarnya yang dijangkiti selesema A(H1N1).

Mencerita lanjut mengenai perkenalan menerusi hadis itu, Aida berkata: "Saya dikatakan tersilap menyebut satu hadis semasa mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI).

"Sebenarnya hadis itu telah betul tetapi mungkin tersalah dengar. Lalu dia meminta nombor telefon daripada kawan-kawan saya dan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya untuk menjelaskan hadis itu.

"Banyak SMS dia hantar tetapi saya tak layan... Satu hari, dia call dan tanya sama ada saya tengok tak berita di TV3. Saya terkejut rupa-rupanya si dia ialah Saiful Nizam, pembaca berita Buletin Utama," jelas Aida.

Aida yang merupakan bekas graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, Saiful amat ikhlas mengenalinya.

"Sewaktu berjumpa dengan emak dan abah buat pertama kali, Saiful telah minta kebenaran berkawan dengan Aida...keikhlasan itu jelas wujud.

"Ibu bapa saya pun terasa keikhlasan Saiful," kata gadis Melayu yang berkulit mulus dan ukiran senyuman dapat mencairkan hati setiap jejaka.

Menurut Aida, dia tidak menolak Saiful itu adalah jejaka pilihan semua gadis kerana selain kacak, dia kuat pegangan agamanya.

"Kalau keluar pun, dia sering teringatkan solat...Tak payah orang ingatkan pergi surau," katanya yang tidak mengiyakan mahupun menolak gosip percintaanya dengan Saiful.

Aida berserah kepada Allah dalam soal cinta kerana menyedari jodoh tidak boleh dipaksa dan ia hadir tidak diundang.

Oleh itu, katanya, dia tidak meletakkan apa-apa harapan jauh lagi sasaran dalam perhubungan itu.

"Target kalau terlalu awal, takut jodoh tak kesampaian.. Kalau target lambat, orang lain akan tertanya-tanya kenapa kahwin lambat.

"Ibu bapa saya sebenarnya bimbang saya keluar berseorangan... lebih baik berteman," katanya yang turut dirisik Datuk dan VIP lain.

Namun, gadis ini memegang prinsip cinta itu terbit dari hati ikhlas dan langsung tidak berpaksikan material semata-mata.

Begitulah luhurnya cinta seorang Gadis Melayu sejati.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan