Search pukau peminat hingga terpana ke awan biru

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMY TETAP DIMINATI....Kumpulan rock lagenda Search tidak mudah digugat oleh situasi atau zaman. foto THE STAR oleh BRIAN MOH
AMY TETAP DIMINATI....Kumpulan rock lagenda Search tidak mudah digugat oleh situasi atau zaman. foto THE STAR oleh BRIAN MOH

TERPANA dan bagai dibawa ke awan biru hinggakan semua penonton yang hadir sanggup menunggu lama bagi melihat kumpulan rock kesayangan mereka beraksi di atas pentas.

Kena pula dengan judul konsert 'SEARCH... di awan biru', persembahan konsert kali ini bagaikan mengimbau kembali zaman kegemilangan rock 80-an satu ketika dahulu.

Dengan kehadiran seramai 25,000 penonton pada malam konsert yang telah berlangsung pada 1 Ogos di Bukit Kiara Ekuestrian ini membuktikan band rock tempatan kita masih mempunyai kehebatan tersendiri jika dibandingkan dengan band-band dari negara luar.

Search yang dianggotai Amy (Vokal), Hillary (Gitar utama), Din (Gitar kedua), Nasir (Bass) dan Yazit (Drum) berjaya membuktikan mereka sebagai lagenda rock di Malaysia yang masih mampu memberikan persembahan hebat tanpa henti dengan menyanyikan 23 buah lagu hit mereka.

Biarpun konsert yang dijadualkan bermula pada pukul 8 malam ini bermula lewat pada pukul 10 malam, namun kesetiaan peminat-peminat Search tidak menghalang mereka untuk menunggu selama 2 jam sehingga konsert bermula.

Persembahan pembukaan yang diberi Search begitu menggamit suasana ketika itu, namun masalah pada set generator pada lagu kedua menyebabkan konsert terpaksa dihentikan selama lima minit.

Ketika itu dapat dilihat reaksi para penonton yang tidak berpuas hati dengan keadaan ketika itu kerana mereka baru sahaja 'memanaskan badan' (warm up) bersama dua buah lagu yang dimainkan Search.

Namun semua masalah tadi hilang apabila konsert tersebut berjaya diteruskan dan Search berjaya mengalih semula tumpuan penonton yang hadir dengan persembahan mantap mereka.

Rindu peminat-peminat Search untuk melihat kumpulan ini beraksi secara 'live' bagaikan terubat hinggakan semua golongan umur datang untuk melihat konsert ini.

Dari yang veteran hingga ke kanak-kanak hadir untuk melihat Search beraksi. Kesemua penonton bagaikan terpukau dengan persembahan yang diberikan Search, jeritan dan laungan dari penonton sentiasa kedengaran.

Setiap rangkap lagu tidak lekang dinyanyikan oleh penonton yang hadir, malah ada yang bersedia melakukan 'head banging' biarpun sering dihalang oleh pihak keselamatan.

Konsert ini semakin gamat apabila penampilan khas Kid (Gitaris) yang merupakan bekas ahli Search tampil berganding bersama ahli yang lain ketika Search sedang menyampaikan lagu 'Isabella' dan persembahan Kid pada malam itu menambahkan kehangatan konsert tersebut.

Search telah menyampaikan lagu-lagu hits mereka seperti Panggung Khayalan, Pemuzik Jalanan, Laila Namamu Teratas, Paranoid, Pelesit Kota, Setelah Hujan, Langit dan Bumi, Gelora Cinta, 3G, Bencana, Isi atau Kulit, Gothik Malam Edan, Fenomena, Isabella, Menara Kesesatan, Emanuelle, Hello Kawan, Mat Rock+Pasti, Melastik ke Bintang, Habil Qabil, Pawana dan Fantasia Bulan Madu.

Lagu Fantasia Bulan Madu menjadi lagu terakhir pada konsert tersebut, kesemua penonton masih tidak mahu konsert itu berakhir dan mahukan Search meneruskan persembahan biarpun kumpulan itu telas meninggalkan pentas.

Jadi kehebatan Search masih lagi terbukti biarpun zaman ini muncul berbagai-bagai jenis kumpulan rock anak muda.

Search yang ditemui selepas konsert tersebut mengatakan perasan mereka terhadap konsert ini bagaikan satu perkara luar biasa.

"Konsert pada malam ini adalah 'beyond expectation' kami kerana kami dapat penonton yang berbeza, venue juga berbeza dan yang paling penting hari ini merupakan hari yang banyak isu.

"Jika siang tadi kecoh dengan isu demonstrasi ISA, malam pula dengan konsert kami dan kehadiran penonton masih lagi ramai jadi ini sesuatu yang diluar jangkaan hinggakan bas yang kami naiki tersangkut dalam kesesakan untuk sampi ke Bukit Kiara Ekuestrian ni.

"Kami terpaksa berlari untuk sampai ke tapak konsert sehinggalah ada krew-krew yang datang jemput kami dengan menaiki motor," kata Amy yang merupakan penyanyi utama kumpulan ini.

Search selepas ini akan meneruskan tour mereka hingga ke Manchester dan Dublin pada bulan Oktober dan Februari tahun depan.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan