Yasmin Ahmad dikenang dalam FFM22

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mukhsin (Mohd Syafie Naswip) dan Orked (Sharifah Aryana) belajar bahasa English semasa menunggang basikal di luar bandar dalam satu babak filem Yasmin Ahmad,
Mukhsin (Mohd Syafie Naswip) dan Orked (Sharifah Aryana) belajar bahasa English semasa menunggang basikal di luar bandar dalam satu babak filem Yasmin Ahmad, "Mukhsin".

PEMERGIAN pengarah filem dan iklan Allahyarhamah Yasmin Ahmad akan amat dirasai dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-22 di Kota Kinabalu 2009.

Bukan sahaja Allahyarhamah telah dicalonkan dalam tiga kategori Anugerah Perdana iaitu pengarah terbaik, lakon layar terbaik dan cerita asal terbaik dengan bersandarkan filem 'Talentime', bahkan pihak penganjur telah menyediakan program tribut untuknya.

Menurut Ketua Pengarah FINAS, Mahyiddin Mustakim berkata, seperti tahun-tahun lepas, FFM akan memberikan tribut kepada penggiat-penggiat filem yang telah meninggal dunia.

"Bagaimanapun, kita tidak ingin menyuramkan mood festival filem. Misalnya, tahun lepas, Siti (Nurhaliza) menyanyikan lagu 'Hati' sementara sedutan filem-filem mereka yang meninggalkan kita dimainkan di belakang pentas.

"Kebetulan tahun ini, kita dikejutkan dengan kematian Allahyarhaman Yasmin. Kita akan mengimbas filem-filem yang pernah dibuatnya," kata Mahyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama FFM ke-22.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas sidang akhbar pengumuman senarai pencalonan akhir Festival Filem Malaysia (FFM) 22 yang akan diadakan di Kota Kinabalu dari 5-8 Ogos ini.

Menurut Mahyiddin, pihak penganjur telah memperuntukkan sebanyak RM2.8 juta untuk menjayakan festival tersebut.

Katanya, RM400,000 diperuntukkan untuk hadiah wang tunai.

Dalam sidang akhbar tersebut, Nancy Foo selaku Pengerusi Jawatankuasa Juri membacakan senarai pencalonan tersebut.

Anugerah Perdana (14 anugerah)

1) Pengarah Terbaik:

(a) Pierre Andre - Jangan Tegur (b) Afdlin Shauki - Papadom (c) Ahmad Idham - Syurga Cinta (d) Yasmin Ahmad - Talentime (e) Bade H. Azmi - Maut

2) Pelakon lelaki terbaik:

(a) Que Haidar - Maut (b) Afdlin Shauki - Papadom (c) Rashidi Ishak - Setem (d) Awal Ashaari - Syurga Cinta (e) Mahesh J. Kishor - Talentime

3) Pelakon wanita terbaik:

(a) Nabila Huda - Bohsia (b) Nadia Mustafar - Jangan Tegur (c) Liyana Jasmay - Papadom (d) Sharifah Amani - Sayang U Can Dance (e) Heliza Helmi - Syurga Cinta

4) Lakon layar terbaik:

(a) Afdlin Shauki - Papadom (b) Ahmad Idham - Syurga Cinta (c) Bade Hj. Azmi - Maut (d) Syamsul Yusof - Bohsia (e) Yasmin Ahmad - Talentime

5) Cerita asal terbaik:

(a) Afdlin Shauki - Papadom (b) Yasmin Ahmad - Talentime (c) Fariza Azlina Isahak - Kami The Movie (d) Nor Shuhadatul Ain - Syurga Cinta (e) Bade Hj. Azmi - Maut

6) Sinematografi terbaik:

(a) Mohd. Nor Kasim - Setem (b) Mohd. Filus Ghazali - Cicakman 2 (c) Omar Ismail - Bohsia (d) Mohd. Helmi Yusof - Histeria (e) Low Soon Keong - Talentime

7) Penyunting terbaik:

(a) Faizul Mohd. Noh - Setem (b) Bade Hj. Azmi - Maut (c) Mohd. Elmy Khalim - Cicakman 2 (d) Raja Affandi Jamaluddin - Talentime (e) Syamsul Yusof - Bohsia

8) Skor muzik asal terbaik

(a) Pete Teo - Talentime (b) Syed Ahmad Faizal - Setem (c) Syed Ahmad Faizal - Papadom (d) Edry Abd. Halim - Cicakman 2 (e) Wong Yuri - Geng: Pengembaraan Bermula

9) Filem komedi terbaik

(a) Los dan Faun - Vision Works (b) Cicakman 2 - KRU Studios (c) Senario The Movie: Episod 1 - MIG Production (d) Sifu dan Tongga - Primeworks Studios (e) Brainscan - MIG Production

10) Filem animasi terbaik

(a) My Telatori - The One Academy of Communication Design (b) Upin & Ipin dan Kawan-kawan: Kembara ke Pulau Harta Karun - Les' Copaque Production Sdn. Bhd. (c) Still Alive - The One Academy of Communication Design

11) Filem pendek terbaik

(a) Perempuan Itu - Institut Media Integratif Malaysia (b) Rumah Kecilku Ada Kelambu - UiTM (c) Permata Bonda - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

12) Filem digital terbaik:

(a) Vikrant - Super Arts Production (b) Tiga Budak Melayu - UITM (c) Aathma - Demaz Entertainment Sdn. Bhd.

13) Filem dokumentari terbaik:

(a) Gaza - Primeworks Studios (b) Bumi Pribumi - FINAS & Q-Plex Communication (c) Rosli Dhoby - ASTRO Entertainment (d) Inside Silat - FINAS & Technonius Sdn. Bhd.

Senarai calon akhir Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia (FFM) 22 (11 Anugerah)

1) Pelakon pembantu lelaki terbaik

(a) Shaheizy Sam - Bohsia (b) Nas-T - Kami The Movie (c) Que Haidar - Papadom (d) Indi Nadarajah - Setem (e) Mohd. Shafie Naswip - Talentime

2) Pelakon pembantu wanita terbaik

(a) Salina Saibi - Bohsia (b) Scha Al Yahya - Histeria (c) Norkhiriah - Papadom (d) Vanidah Imran - Setem (e) Adibah Nor - Talentime

3) Penataan seni terbaik

(a) Nazrul Azraff Mahzan - Maut (b) Nazrul Azraff Mahzan - Papadom (c) Nazrul Azraff Mahzan - Setem (d) Wong Voon Leong - Talentime (e) Yusry Abd. Halim / Johan Lucas - Cicakman 2

4) Penataan bunyi terbaik

(a) Ad Audio Ex-Histeria (b) Azman Abu Hassan / Wan Shazrin Izzuan - Setem (c) Azman Abu Hassan - Maut (d) Mohd. Mohsin Othman - Cicakman 2 (e) Azri Abu Kamal - Rasukan Ablasa

5) Pelakon kanak-kanak terbaik

(a) Mohd. Hadziq - Syurga Cinta (b) Nik Farid Idrus - Brainscan (c) Siti Nasrina - Momok The Movie (d) Pathieswaran - Jomlah C.I.U.M

6) Pelakon harapan lelaki

(a) Isma Yusof: Setem (b) Faizal Ramli: Momok The Movie (c) Zahiril Adzim: Kami The Movie (d) Nabil Ahmad: Sifu dan Tongga (e) Mohd. Radhi: Antoo Fighter

7) Pelakon harapan wanita

(a) Heliza Helmi - Syurga Cinta (b) Zalina - Jin Hutan (c) Yasmin Khaniff - Jalang (d) Jaclyn Victor - Talentime (e) Yuhana Yahya - Histeria

8) Lagu tema asal terbaik

(a) Hidup - Antoo Fighter (b) Fantasi Sang Putera - Brainscan (c) Senario - Senario The Movie: Episod 1 (d) Satu Ruang - Selamat Pagi Cinta (e) Sayangku Di Sisimu - Jin Hutan

9) Pengarah Harapan

(a) Effende Mazlan - Kami The Movie (b) Azizi Adnan - Antoo Fighter (c) Norliana Shamsudin - Selamat Pagi Cinta (d) James Lee - Histeria (e) Wan Azli Wan Jusoh - Budak Kelantan

10) Pereka kostum / busana

(a) Shen Imagineering - Cicakman 2 (b) Ridzwan Mat Hussein - Brainscan (c) Shada - Los dan Faun (d) Amandus Paul Pandin - Sifu dan Tongga (e) Rosada Abd. Hamid - Antoo Fighter

11) Poster terbaik

(a) Kami (b) Histeria (c) Setem (d) Rasukan Ablasa (e) Cicakman 2

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan