Whitney Houston dan Robbie Williams sedia gantikan tempat Michael di O2 - Berita Hiburan | mStar

Whitney Houston dan Robbie Williams sedia gantikan tempat Michael di O2

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pop diva Whitney Houston menang anugerah Grammy untuk lagunya 'It's Not Right but It's Okay' ketika anugerah Grammy kali ke-42 di Los Angeles.
Pop diva Whitney Houston menang anugerah Grammy untuk lagunya 'It's Not Right but It's Okay' ketika anugerah Grammy kali ke-42 di Los Angeles.

WHITNEY Houston dan Robbie Williams dilaporkan sedia untuk membuat persembahan di London O2 menggantikan Michael Jackson.

Menurut AEG Live, kedua-dua mereka sudah hampir pasti akan membuat persembahan tersebut mengambil alih tempat Michael yang dijadualkan akan bermula awal tahun 2010.

Persembahan siri jelajah 'This Is It' Michael Jackson di O2 sepatutnya bermula 13 Julai lepas tetapi beliau meninggal dunia beberapa minggu sebelum persembahan kepulangannya yang ditunggu-tunggu itu.

Whitney Houston mempunyai vokal yang hebat dan albumnya sering terjual laris sepanjang tahun 1980-an dan 1990-an.

Bagaimanapun kariernya terjejas selepas dia dan bekas suaminya, Bobby Brown terlibat dengan dadah.

Robbie Williams turut menghasilkan album yang hebat sepanjang dua tahun kebelakangan ini. Beliau merupakan bekas penyanyi kumpulan terkenal 'Take That'.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan