Resepsi Noniswara tetap meriah tanpa persandingan.

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SECOCOK... Noniswara dan Rosman melangkah masuk ke dewan dengan tepukan gemuruh para hadirin - foto THE STAR oleh KEVIN TAN
SECOCOK... Noniswara dan Rosman melangkah masuk ke dewan dengan tepukan gemuruh para hadirin - foto THE STAR oleh KEVIN TAN

BERBEZA dengan kebanyakan resepsi artis yang dibuat dengan skala gaya mewah, resepsi aktres Datin Noniswara Baharudin dan Datuk Rosman Ridzwan berlangsung semalam dalam suasana yang sederhana namun tidak kurang meriahnya.

Pasangan ini lebih senang dengan majlis makan malam meraikan sahabat handai dan keluarga sambil menjemput rakan artis untuk menghiburkan para tetamu.

Noniswara kelihatan anggun dengan gaun rona putih rekaan Amir Luqman sementara Rosman tampak bergaya mengenakan sut serba putih dan bertali leher kelabu.

Resepsi tersebut yang berlangsung di Hotel Berjaya itu menggunakan warna tema iaitu putih dan merah jambu.

Pasangan mempelai yang bagai pinang dibelah dua ini mencuri tumpuan para hadirin apabila mereka memasuki dewan bersama irama gesekan biola.

Antara artis yang memberikan persembahan termasuk Farahdhiya Mohd Amin dan Liza Aziz.

Mereka yang hadir termasuk Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group, artis Anne Abdullah, Sharifah Shahora, Norjuma, Radhi Khalid, penerbit filem David Teo.

Aktres jelita Noniswara Baharudin selamat diijabkabulkan dengan Pengerusi U Mobile, Datuk Rosman Ridzwan selepas solat Isyak di Masjid Wilayah, Jalan Duta, Kuala Lumpur selepas Isyak, malam kelmarin.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Rujuk-Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Abdul Malik Saleh dan adik kepada Rosman, Bani Uzair Baharuddin menjadi wali kepada adiknya, Noniswara.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan