Michael Jackson habiskan saat akhirnya di bilik tidur Dr. Conrad Murray - Berita Hiburan | mStar

Michael Jackson habiskan saat akhirnya di bilik tidur Dr. Conrad Murray

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli kardiologi, Dr. Conrad Murray ialah bekas doktor mendiang Michael Jackson. - foto REUTERS
Ahli kardiologi, Dr. Conrad Murray ialah bekas doktor mendiang Michael Jackson. - foto REUTERS

LAPORAN sebelum ini yang mengatakan Michael Jackson tidur dibiliknya pada malam sebelum beliau meninggal dunia adalah tidak benar sebaliknya beliau tidur dibilik doktor peribadinya, Dr. Conrad Murray, menurut sebuah laman web.

Sumber daripada pihak berkuasa mengatakan Michael tidur dibilik Dr. Conrad kerana tidak mahu diganggu apabila mengunakan sejenis ubat penenang, Propofol.

Dr. Conrad memberikan ubat itu kepada Michael beberapa jam sebelum dia tidak lagi sedarkan diri di atas katil doktor peribadinya itu.

Pihak berkuasa juga percaya Dr. Murray sebelum ini sudah beberapa kali mengunakan biliknya untuk memberi Propofol kepada Michael.

Semasa siasatan dibuat, polis menemui tangki oksigen, propofol dan ubat jenis dadah yang lain di bilik Dr. Conrad.

Ketika Dr. Conrad terjaga dari tidurnya, pihak berkuasa juga percaya Michael sudah tidak bernyawa lagi pada masa itu.

Propofol yang diberikan Dr. Conrad kepada Michael dipercayai bertujuan untuk membantu Raja pop itu yang dikatakan menghadapi kesukaran untuk tidur.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan