Hakim tegur Norman dan Memey kerana datang lambat

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Norman dan Memey ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. -foto The Star
Norman dan Memey ketika hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. -foto The Star

SESI perbicaraan kes khalwat aktres Memey Suhaiza dan aktor Norman Hakim berlangsung bermula pukul 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Bagi prosiding setakat ini, hanya saksi yang tampil memberikan keterangan manakala kedua pelakon itu hadir untuk mendengar keterangan.

Walaupun mereka tidak perlu menjalani perbicaraan pada hari yang ditetapkan, namun tidak bermakna Memey dan Norman boleh lambat datang ke mahkamah sehingga Hakim Syarie, Salehan Yatim turut menegur kedua-duanya secara baik.

“Saya harap semua pihak boleh sampai sebelum pukul 9 pagi supaya kes boleh berjalan dengan lancar,” katanya dalam nada yang perlahan tetapi tegas.

Dalam pada itu, Norman mempunyai alasan sendiri kenapa dia lambat hadir ke mahkamah.

“Saya baru habis penggambaran pada 7.30 pagi tadi dan saya pun tak sempat tidur,” katanya yang sedang menjalani pengambaran drama ‘The Cup’ untuk saluran Astro Citra.

Bagaimanapun, Norman berkata dia tetap akan memberikan komitmen sebaik mungkin.

“Saya rasa perbicaraan hari ini agak pening sedikit mungkin sebab dua perkara iaitu spekulasi dan andaian yang diberikan oleh saksi serta sebab tidak tidur dari semalam.

“Tapi saya tak boleh beri komen yang panjang lebar. Saya anggap perkara ini adalah sebahagian perjalanan hidup saya.

“Mind set saya perlu bersedia dengan apa yang direncanakan oleh mahkamah. Saya tak boleh beri apa-apa komen kerana kenyataan saksi lebih kepada andaian.

“Saya tahu apa yang berlaku sebelumnya. Saya anggap setiap perbicaraan adalah proses pembelajaran.

“Saya rasa letih sedikit tapi komitmen perlu diberikan,” jelas Norman.

Tak campur urusan Abby-Zul ke Indonesia

Baru-baru ini, sebuah rancangan tv, ‘Galaksi’ mengeluarkan cerita tentang bekas isterinya, pelakon Abby Abadi, teman lelakinya, pelakon Zul Ariffin dan kakak Zul yang baru pulang bercuti dari Indonesia.

Dalam rancangan itu, Abby agak terkejut kerana dia tidak memberitahu sesiapa melainkan Norman.

Namun, wartawan dalam program itu berkata yang pihaknya menerima Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) daripada seseorang yang tidak dikenali.

“Saya tak nak masuk campur kerana ia adalah hal peribadi. Saya tak tahu-menahu dan itu satu andaian kalau dia berkata saya yang menyebarkan SMS itu.

“Saya sentiasa bersiap-sedia dan terima seadanya. Saya jalani kehidupan manusia yang normal dan datang dari publisiti yang penuh dengan andaian dan spekulasi,” ujarnya dalam nada sinis.

Dia juga memaklumkan yang Memey bukanlah pengurusnya tetapi gadis berusia 21 tahun itu membantu dari sudut penjadualan kooperatif.

Sementara itu, wanita yang dikaitkan sebagai orang yang paling rapat dengan Norman sekarang iaitu Memey berkata dia juga tidak mahu mencampuri urusan bekas isteri majikannya itu.

“Memang saya mengetahui perkara itu (Memey dan Norman bercuti ke Indonesia) daripada Norman sendiri tetapi apa urusan dia saya tiada hak untuk masuk campur.

“Saya terkejut juga sebab Galaksi tanya pasal tu (sebab SMS). Saya hanya tahu tetapi jauh sekali untuk buat dan fikir perkara itu.

“Wallahualam, kita tak boleh nak tuduh apa-apa dan tak boleh nak jangka,” katanya yang sedang menjalani pengambaran drama 44 episod ‘Cinta Balkis’.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan