Dua tribut istimewa untuk Yasmin Ahmad di TV3 malam ini

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Allahyarham Yasmin Ahmad diiktiraf sebagai pengarah filem dan iklan tersohor dari dalam dan luar negara. -foto THE STAR oleh LOW LAY PHOON
Allahyarham Yasmin Ahmad diiktiraf sebagai pengarah filem dan iklan tersohor dari dalam dan luar negara. -foto THE STAR oleh LOW LAY PHOON

PETALING JAYA: Pemergian pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad sememangnya mengejutkan industri perfileman tanahair.

Bukan itu saja malah, pemergiannya juga diratapi dengan titisan airmata oleh seluruh rakyat Malaysia dan Singapura. Perginya sudah seorang lagi tokoh perfileman tanahair.

Allahyarham Yasmin Ahmad, 51, telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam Sabtu lalu.

Bagi mengenang segala jasa beliau, stesen TV3 akan membuat 2 tayangan istimewa malam ini, 1 Ogos di Majalah 3 "Perwarisan Yasmin Ahmad 1958-2009" diikuti dengan slot Cerekarama pula dalam filem Mukhsin pada jam 10.00malam.

Beliau sebelum ini rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, TV3 dan dikejarkan ke hospital berdekatan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.

Yasmin Ahmad telah dikebumikan di tanah perkuburan USJ22, Subang Jaya pada hari Ahad lalu dan dihadiri oleh sanak saudara dan sahabat handai.

Yasmin, dalam riwayatnya adalah seorang sutradara filem yang cukup kreatif. Selain menabur bakti dan keringat di industri filem tanahair, beliau juga seorang penulis skrip dan juga Pengarah Eksekutif Kreatif di Leo Burnett Kuala Lumpur.

Filem-filem arahannya seperti Rabun, Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan Talentime telah memenangi pelbagai anugerah dan penghargaan didalam dan di luar negara membawa pengiktirafan tertinggi untuknya.

Karyanya tertumpu kepada plot-plot kemanusiaan, fokus kepada cara interaksi sesama manusia. Sebagai contoh, melalui filem Mukhsin yang memenangi penghargaan di Berlin International Film Festival Ke 57, tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12.

Filem ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka. Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.

Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.

Menurut Pengurus Besar Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar “Secara peribadi, saya kehilangan seorang kawan dengan kepergiannya. Yasmin seorang yang peramah dan tidak lokek ilmu.

Kita kehilangan seorang kreatif dalam dunia pengiklanan dan di indutri filem tanahair. Seorang yang berjiwa kreatif yang karyanya menyentuh jutaan hati seluruh rakyat Malaysia.

"Di TV3, kami menghargai pengorbanan dirinya dalam dunia pengiklanan dan perfileman," ujar beliau.

"Kami telah lama bekerjasama dengan arwah, malah sentiasa menyokong hasil karya dirinya.

Produksi Majalah 3 turut berjumpa ahli keluarga Arwah dan menyelami perasaan mereka terutamanya dengan ibunya, Enom Yon dan kakaknya Datin Orked Ahmad.

Penggambaran juga diadakan di pejabatnya, Leo Burnett dan mendekati beberapa rakan-rakan rapatnya. Malah di bilik pejabatnya dipenuhi pelbagai cenderamata dan anugerah dimenangi atas kreativiti beliau.

Majalah 3 juga menemubual beberapa rakan-rakan rapat dalam industri yang diceburi seperti Fatimah Abu Bakar, Othman Hafsham, Azean Idrawaty, Fuad Onah dan Dato’ Sri Farid Ridzuan dan ramai lagi yang benar-benar rasa kehilangan sahabat yang mempunyai bakat yang luar biasa.

Paparan Pewarisan Yasmin Ahmad, mendekatkan penonton kepada pencinta seni tulen kerana baginya filem atau iklan satu medium untuk berkongsi idea, cerita dan pengalaman tanpa mengira bangsa, umur dan agama.

Benarlah kata pepatah, ‘Manusia mati meninggalkan nama’.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat - AlFatihah

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan