Akhirnya Katherine Jackson diberi hak penjagaan cucu-cucunya.

Diterbitkan: Sabtu, 1 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Peguam keluarga Jackson, Londell McMillan pada sidang akhbar memberitahu berkenaan kes hak penjagaan anak-anak Michael Jackson di mahkamah atasan Los Angeles. - foto AP
Peguam keluarga Jackson, Londell McMillan pada sidang akhbar memberitahu berkenaan kes hak penjagaan anak-anak Michael Jackson di mahkamah atasan Los Angeles. - foto AP

IBU Michael Jackson, Katherine akan mendapat hak penjagaan ke atas tiga orang cucunya mengikut syarat-syarat perjanjian yang telah dicapai, menurut satu laporan pada Khamis lepas.

Menurut laporan tersebut, Debbie Rowe, ibu kepada dua anak Michael hanya dibenarkan untuk melawat sahaja tetapi tidak mendapat sebarang wang tambahan.

Walaupun ia tidak dinyatakan secara spesifik, peguam Katherine, Londell McMillan menyatakan pada sebuah rancangan televisyen CBS: "Ini satu perjanjian, perjanjian untuk kepentingan kanak-kanak tersebut. Ini bukan satu perjanjian berkenaan wang, tiada kena mengena dengan isu wang."

Ditanya jika isu hak penjagaan tersebut telah diselesaikan, McMillan memberitahu: "Kita akan membuat satu pengumuman tentang hal itu, dan menyelesaikan masalah dengan semua pihak. Tiada sitiasi lain yang baik buat kanak-kanak ini melainkan mereka dijaga, dibesarkan dan mendapat kasih sayang dari Katherine Jackson."

Sejak kematian penyanyi itu pada 25 Jun, Katherine, 79, merupakan penjaga tetap ke atas ketiga-tiga orang anak Michael, Prince, 12, Paris, 11, dan Blanket, 7. Rowe juga pernah memberi tanda-tanda dia ingin menjadi penjaga kepada kanak-kanak itu.

NBC telah menunjukkan laporan di bawah perjanjian terbaru tersebut, Rowe tidak akan menerima sebarang wang tambahan, akan mengekalkan statusnya sebagai ibu kepada kanak-kanak tersebut tetapi tidak akan menuntut sebarang hak penjagaan.

NBC juga melaporkan Prince dan Paris tahu Rowe adalah ibu mereka dan mengikut satu bahagian terpenting dalam perjanjian itu, mereka akan memulakan satu perhubungan semula dengan ibu mereka, tetapi akan diselia oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak.

Terdapat laporan yang dikeluarkan menyatakan Joe Jackson tidak akan terlibat dalam menjaga dan membesarkan kanak-kanak tersebut.

"Saya tidak fikir laporan itu benar. Saya rasa Joe Jackson adalah suami kepada Katherine, tetapi dia tidak tinggal di Los Angeles," kata McMillan.

Manakala dalam wasiat Micheal meminta Katherine menjaga ketiga-tiga orang anaknya, Michael juga melantik dua rakan kongsinya, John Branca dan John McClain, untuk menjaga kewangannya.

Katherine telah menerima 40 peratus bahagiannya dari hartanah tersebut, namun Katherine sedang cuba untuk mendapatkan haknya untuk menguruskan semua perkara hal ehwal perniagaan.

McMillan bagaimanapun menafikan Katherine cuba menentang wasiat tersebut.

"Kami tidak cuba untuk menulis semula wasiat tersebut, apa yang menjadi kebimbangan kami adalah jika orang luar diberi hak tersebut, orang tersebut haruslah seorang yang mempunyai sikap amanah dan mempunyai integriti yang tinggi," katanya.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan