Yovie & Nuno pertahan populariti di Malaysia, akui potensi 'Hujan'

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Best Indonesian Artist Yovie and Nuno dengan anugerah MTV pada tahun lalu. -foto THE STAR oleh KAMAL SELLEHUDDIN.
Best Indonesian Artist Yovie and Nuno dengan anugerah MTV pada tahun lalu. -foto THE STAR oleh KAMAL SELLEHUDDIN.

LAGU Menjaga Hati sememangnya telah berjaya membuka laluan untuk band popular Indonesia, Yovie & Nuno ini bertapak di Malaysia sekitar awal tahun lalu.

Ternyata, percaturan band yang dianggotai oleh Yovie (keyboard), Dudi Oris (vokal), Diat (gitar) dan Dikta (vokal) untuk cuba membawa muzik mereka merentas negara luar tidak sia-sia setelah melihat respon hebat yang diterima terhadap mereka daripada peminat-peminat di Malaysia.

Seiring dengan pencapaian yang diraih oleh mereka di negara ini, Yovie & Nuno juga dilihat terus unggul di persada muzik Indonesia, walaupun industri seberang juga turut menyaksikan kemunculan begitu banyak band baru.

Terbaru, band yang berasal dari Bandung, Indonesia ini berjaya merangkul dua anugerah pada malam Anugerah Planet Muzik 2009 baru-baru ini iaitu menerusi kategori Duo/Kumpulan Terbaik dan Artis Indonesia Paling Popular.

Untuk mempertahankan gelaran 'terbaik' dan 'popular' bukanlah mudah. Bagi ketua kumpulan muzik ini, Yovie, pengiktirafan sebegitu sebenarnya adalah bonus buat band ini yang pada dasarnya lebih meletakkan keutamaan untuk memperjuangkan muzik mereka.

"Mungkin antara rahsia kejayaan kami ialah kerana band ini berbeda dengan band-band lain yang sedang berkembang. Kami sering mendengar muzik-muzik terbaru dan pada masa yang sama tidak pernah melupakan muzik yang lama.

"Anugerah-anugerah yang diterima kami anggap sebagai pembakar semangat. Apa yang pasti, pencapaian ini adalah suatu yang luar biasa. Tetapi, itu tidak bermaksud kami sudah sempurna, masih banyak lagi kekurangan yang ada pada Yovie & Nuno.

"Malah, saban waktu, kami masih cuba memperbaiki dari segala aspek, termasuklah dari segi komposisi lagu. Apa yang pasti, kemenangan yang kami raih tidak akan membuatkan kami berubah.

"Bagi kami, apa yang penting ialah untuk cuba menghasilkan lagu-lagu yang menarik dan sebab itulah kami amat terkejut dan tidak menjangka apabila kami turut diterima di negara lain juga, terutamanya Malaysia," ujar Yovie menerusi perbualan telefon bersama media tempatan di pejabat Sony BMG Malaysia, semalam.

Menurutnya, dia dan anggota Yovie & Nuno yang lain turut melahirkan rasa teruja kerana berpeluang mengadakan persembahan di konsert Illuminight, yang akan berlangsung pada 15 Ogos ini di Bukit Kiara Indoor Arena.

Konsert yang akan menggandingkan band ini dengan dua artis popular Indonesia iaitu Afgan dan Maliq & D'Essentials serta penyanyi jazz tempatan, Atilia itu merupakan persembahan kali pertama Yuvie & Nuno di negara ini.

"Sejujurnya, kami sangat senang dapat berkongsi pentas dengan Afgan dan Maliq & D'Essentials kerana kami memang baik antara satu sama lain. Buat masa ini, saya dan anggota lain sedang merancang persiapan khusus untuk konsert tersebut.

"Segmen kami akan berlangsung selama lebih kurang sejam dan kami akan menyampaikan antara sembilan hingga 12 buah lagu yang kebanyakannya adalah daripada album kami yang telah dipasarkan pada tahun 2007 iaitu The Special One. Akan ada juga kelainan yang akan kami cuba tampilkan nanti," tutur Yovie.

Konsert yang dianjurkan oleh Aqsara3Persada Sdn Bhd ini akan bermula sekitar pukul 7 malam dan akan dihoskan oleh pengacara popular, AC Mizal.

Diusik oleh teman media supaya tidak melakukan 'adegan' londeh seluar seperti mana yang dibuat oleh vokalis kumpulan Slank, Kaka, pada Anugerah Planet Muzik tempoh hari, sambil ketawa Yovie berkata:

"Tidak. Tapi sebenarnya, ketika kejadian itu, kami sebenarnya berada di belakang pentas. Jadi kami tidak saksikan sendiri apa yang berlaku. Namun, kami sebenarnya turut kesal dengan perkara itu."

Ditanya tentang perancangan atau projek terbaru band itu selepas ini, kata Yovie, mereka akan terlibat dengan proses penghasilan album terbaru bermula bulan Ramadan nanti.

"Kami rasa, bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk beri tumpuan pada penghasilan album baru, selain sibuk menghadiri undangan majlis berbuka puasa.

"Untuk album kali ini, ia akan dibuat 'extraordinary'. Tetapi, kami masih ingin menghasilkan lagu-lagu yang 'simple' dan mudah 'ditangkap' oleh pendengar-pendengar," ujarnya.

Yovie yang juga seorang komposer tersohor di Indonesia turut menyuarakan hasratnya untuk berkolaborasi dengan artis-artis Malaysia, jika berpeluang kelak.

"Sebelum ini, saya pernah bekerjasama dengan kumpulan Altimate dan turut menyumbangkan sebuah lagu untuk album kedua Kaer Azami berjudul Atas Nama Cinta. Kerjasama yang terjalin antara saya dan Altimate serta Kaer bermula setelah kami bertemu di Jakarta.

"Bagi saya, jika adakan kolaborasi dengan kedua-dua negara, sekaligus karier kita boleh turut berkembang di dua negara ini. Bahasa kita juga hampir sama, jadi tidak ada masalah untuk lagu-lagu tersebut popular di kedua-dua negara," kata Yovie.

Tambahnya lagi, ketika ini, ramai juga artis Malaysia yang sudah mula mencipta nama di Indonesia, yang mana Yovie merasakan, ini adalah satu tanda yang positif untuk perkembangan hiburan serantau.

"Sewaktu di Anugerah Planet Muzik baru-baru ini, saya sempat melihat persembahan Hujan dan saya akui, kumpulan itu ada potensi untuk terus berkembang dengan baik di Indonesia," katanya.

Dalam pada itu, mereka yang ingin menyaksikan persembahan Yovie & Nuno di konsert Illuminight pada 15 Ogos ini boleh mendapat tiket-tiket berharga RM58, RM78, RM153 dan RM178 dengan melayari laman web www. axcess.com.my atau talian 3-77115000.

Tempahan juga boleh dibuat dengan menghubungi Indra di talian 012-3490809.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan