Chef peribadi 'buka mulut' mengenai kematian Jackson

Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kai Chase, chef peribadi Michael Jackson ketika bergambar di Beverly Hills, California. foto-AP
Kai Chase, chef peribadi Michael Jackson ketika bergambar di Beverly Hills, California. foto-AP

SELEBRITI dan Chef, Kai Chase yang dijemput ke London untuk memasak kepada Michael Jackson dalam satu siri persembahanya yang dijadualkan di O2 Arena berkata beliau tahu ada yang tidak kena pada Michael apabila Dr. Conrad Murray tidak pergi mengambil sarapan yang sepatutnya dihidangkan kepada penyanyi terkenal itu.

"Lebih kurang pukul 12.05 atau 12.10, Dr. Conrad turun kebawah dan menjerit, 'Pergi dapatkan Prince!',"

"Dr. Conrad menjerit sangat kuat. Kemudian saya berlari pergi ke tempat anak-anak Michael sedang bermain dan terus membawa Prince menuju ke arah Dr. Conrad.

"Tidak lama selepas itu saya melihat paramedik naik ke bilik atas dan anak-anak Michael sedang menangis.

Ketika itu juga, Kai, 37 berkata penjaga anak Michael, pengurus rumah dan dia sendiri berdoa supaya Michael selamat.

Sekitar pukul 1.30 petang, Kai memberitahu pegawai keselamatan mengarahkan semua orang meninggalkan rumah itu kerana "Mr. Jackson sedang dibawa ke hospital."

Apabila beliau keluar daripada ambulans, sekumpulan orang ramai sudahpun berkumpul dan menunggu Michael Jackson.

Kai turut menjelaskan yang Dr. Murray kadangkala makan malam bersama mereka dan dia selalu bertanya kepada doktor itu mengenai makanan yang digemari oleh Raj pop itu.

Beliau mendapati tangki oksigen yang dibawa oleh Dr. Conrad yang diletakkan di rumah itu adalah sesuatu yang pelik.

Beliau menjelaskan dia tidak pernah bertanya mengenai tangki oksigen itu dan mendapati Michael berada dalam keadaan yang sihat sebelum ini.

Permintaan supaya Kai menemani dan menyediakan masakan untuk Michael dibuat secara peribadi oleh anak sendiri yang berusia 12 tahun, Prince Michael.

"Prince memberitahu saya Michael mahu saya mengikuti mereka semua ke London," kata Kai.

"Kemudian saya menjawab 'pergi beritahu ayah kamu, sudah tentu saya akan ikut,'" katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan