Winehouse 'curi' kokain dari beg tangan supermodel, Kate Moss

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi British, Amy Winehouse membuat persembahan pada hari ketiga dalam satu festival muzik berdekatan Kinross, Scotland, pada 13 Julai, 2008. - foto AFP
Penyanyi British, Amy Winehouse membuat persembahan pada hari ketiga dalam satu festival muzik berdekatan Kinross, Scotland, pada 13 Julai, 2008. - foto AFP

PENYANYI bermasalah dari British, Amy Winehouse dikatakan pernah 'mencuri' kokain (sejenis dadah) dari beg tangan supermodel Kate Moss.

Perkara ini didedahkan oleh suaminya, Blake Fielder-Civil yang telah berpisah dengan Amy.

Fielder-Civil, 27, mendakwa Winehouse mengambil dua gram dadah jenis Kelas A dari beg tangan Kate dalam satu parti di New York.

Katanya, Winehouse dan Fielder-Civil bercadang untuk menghidu kokain.

"Kate Moss dan seorang supermodel berada di situ bersama aktres-aktres Hollywood yang lain. Kate memberitahu Amy agar mendapatkan wang kertas USD 10 dari beg tangannya.

"Bagaimanapun, Amy memberitahu saya dia terjumpa dua gram kokain lalu mengebasnya.

"Kami memakan sedikit dadah di tandas dan mengadakan hubungan seks. Dan kami menghabiskan baki dadah di depan semua orang... Kate terlalu mabuk, dia tidak perasan dadah itu hilang," kata Fielder-Civil.

Fielder-Civil mendakwa kokain senang diperolehi oleh pengunjung parti di Hotel Gramercy Park.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan