Sebuah akhbar British buat 'lakonan semula' saat-saat akhir Michael Jackson

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Penyanyi pop terkenal Michael Jackson membuat gayanya tersendiri ketika mengumumkan akan membuat sepuluh persembahan di London O2 Arena pada bulan Julai. foto-AP
Penyanyi pop terkenal Michael Jackson membuat gayanya tersendiri ketika mengumumkan akan membuat sepuluh persembahan di London O2 Arena pada bulan Julai. foto-AP

IA bermula apabila Michael Jackson dikatakan pulang daripada latihan raptai untuk persembahanya yang dijadualkan bermula bulan ini.

Raja Pop yang didakwa menderita Insomnia, dikatakan sukar untuk tidur dan kemudian memanggil doktor peribadinya Dr. Conrad Murray, lapor akbhar tersebut.

Michael kemudian meminta propofol, sejenis anestatik yang mempunyai kesan yang kuat daripada doktornya itu.

Propofol sepatutnya hanya diberikan kepada pesakit dengan kebenaran dari pakar-pakar perubatan di hospital kerana ubat itu berisko tinggi menghentikan pernafasan dan melemahkan denyutan jantung pesakit.

Penyanyi itu didakwa ketagih kepada ubat itu sejak 2 tahun lepas.

Menurut akhbar itu lagi Conrad dikatakan memberi anestatik itu kepada Michael selepas tengah malam dan Raja pop itu meninggal dunia pada keesokan harinya.

Ketika Michael sudah tidak sedarkan diri, Conrad dilaporkan menunggu 30 minit sebelum membuat panggilan meminta bantuan.

Ketika bantuan paramedik tiba, mereka mendapati Michael sudahpun meninggal dunia tetapi Conrad terus membuat bantuan pernafasan (CPR) yang pada mulanya dilakukan di atas katil kemudian berpindah di atas lantai.

Michael kemudian diangkat ke dalam ambulan dan setibanya di hospital, dalam jangka masa tidak sampai sejam doktor mengesahkan bahawa beliau sudah meninggal dunia.

Siasatan polis Los Angeles setakat ini percaya propofol berkemungkinan besar menjadi penyebab kematian Michael Jackson.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan