Kenali Malaysia menerusi 'Discover Smiles Zoom! Malaysia'

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ANDA gemarkan aktiviti lasak? Adakah anda seorang yang peramah dan berani? Julai 2009 ini, 8TV membawakan kepada anda sebuah program realiti yang cukup menghiburkan! Discover Smiles Zoom! Malaysia akan disiarkan di saluran hip 8TV bermula 29 Julai 2009 jam 9.30pm.

8TV dengan kerjasama Esso Malaysia Berhad (Esso) & ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd (Mobil) dan Tourism Malaysia dengan bangganya mempersembahkan sebuah program realiti Discover Smiles Zoom! Malaysia yang cukup menghiburkan dan berbeza daripada program-program realiti yang sedia ada!

Discover Smiles Zoom! Malaysia merupakan sebuah program realiti yang hadir dengan konsep yang cukup segar. Program ini menampilkan 48 orang peserta warganegara Malaysia yang akan memulakan perjalanan merentasi Semenanjung Malaysia dan menyelesaikan tugasan-tugasan yang telah disediakan.

Sebagai sebuah negara yang penuh dengan sejarah dan budaya yang berbeza-beza, Discover Smiles Zoom! Malaysia juga akan membawa penonton meneroka kawasan-kawasan yang menarik di Semenanjung Malaysia. “Kami cukup teruja dengan program terbaru ini. Discover Smiles Zoom! Malaysia bukan sekadar program realiti biasa. Anda dapat menyaksikan peserta-peserta berdepan dengan beberapa tugasan mencabar pada setiap minggu dan yang paling penting kita dapat meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia,” komen Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV.

“Kami cukup berbangga dapat bekerjasama dengan ExxonMobil dan Tourism Malaysia untuk projek ini dan berharap semua penonton akan terhibur dengan program ini!,” tambah Izham.

"Esso dan Mobil cukup berbesar hati dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di Malaysia dan memperkenalkan kegunaan dan kelebihan kad ‘Smiles’. Selain berhibur, program ini tidak terkecuali membantu golongan yang kurang bernasib baik. Ini merupakan komitment kami untuk menghasilkan program ini supaya dapat berbakti kepada komuniti,” ujar Puan Faridah Ali.Pengarah Esso Malaysia Berhad.

“Kerjasama kami dengan pihak 8TV dan Esso & Mobil dalam menerbitkan program Discover Smiles Zoom! Malaysia merupakan satu platform yang baik untuk semua semua rakyat Malaysia di luar sana untuk mengenali destinasi-destinai menarik di Malaysia. Malaysia perlu membuka mata dan lebih menghargai tempat-tempat menarik di Malaysia. Program ini dapat membantu orang ramai mengenali sesebuah tempat dan masyarakat dengan lebih mendalam,” ujar pihak Tourism Malaysia.

Sesi ujibakat telah diadakan pada 25 dan 26 April 2009 di Sri Pentas dan Discover Smiles Zoom! Malaysia telah menjumpai 24 buah kumpulan untuk menyertai perjalanan program ini.

Kumpulan-kumpulan ini akan mengembara ke beberapa lokasi terpilih di Malaysia dan berpeluang bertemu orang ramai dan belajar tentang budaya masyarakat di Malaysia. Setiap minggu dua kumpulan akan berentap sesama sendiri. Peserta-peserta perlu memandu ke destinasi yang telah ditetapkan dan mereka akan diuji tentang pengetahuan am, sejarah dan budaya.

Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan kad ExxonMobil “Smiles” dengan jumlah mata tertentu yang membolehkan mereka mendapatkan petrol, makanan dan minuman. Walaubagaimanapun, setiap kumpulan perlu bijak mengatur perbelanjaan sehingga perjalanan mereka tamat.

Destinasi-destinasi pilihan antaranya Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Perlis, Kedah, Pahang, Kelantan, Terengganu, Penang, Perak, Kuala Lumpur and Selangor.

Setiap pemenang akan membawa pulang wang tunai RM3,000, 50,000 mata kad “Smiles” dan 2 botol minyak Mobil-1 (4 liter setiap botol). Pemenang tempat kedua

pula akan membawa pulang wang tunai RM1, 000, RM30,000 mata kad “Smiles” dan 2 botol Super 2000 (4 liter setiap botol).

Menariknya, selain berhibur program ini juga tidak lupa dengan golongan yang kurang bernasib baik. Setiap mata yang dikumpul dalam kad “Smiles” sewaktu pertandingan berlangsung akan didermakan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih di dalam setiap episod.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan rancangan realiti terbaru Discover Smiles Zoom! Malaysia bermula 29 Julai 2009 jam 9.30 malam hanya di 8TV!

Siaran 8TV juga boleh ditonton melalui saluran 708 Astro anda!

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari www.mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan