Drama 'Worlds Within' papar dunia percintaan

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEKALI lagi slot teater Hito Idol yang bersiaran setiap Sabtu jam 6.30 petang membawakan anda sebuah lagi drama bersiri terbaru Korea untuk tontonan pecinta drama Korea.

Slot teater Hito Idol kini kembali dengan drama bersiri Korea baru berjudul Worlds Within. Worlds Within memaparkan tentang kisah-kisah kehidupan dan dunia percintaan.

Ia disiarkan eksklusif di 8TV pada setiap Sabtu, bermula 4 Julai lalu dari jam 6.30 petang hingga 8.00 malam.

Drama bersiri hebat yang menyayat hati ini berkisarkan tentang kejadian di sebuah stesen penyiaran yang banyak menerbitkan drama-drama televisyen.

Teras kejayaan pekerja-pekerja syarikat penerbitan stesen televisyen ini dikenali dengan sifat kuat bekerja, berkeinginan melampau, tegas dan materialisme.

Drama Worlds Within dilihat sebagai sebuah drama yang sangat menarik kerana berani menampilkan tema yang berlainan dari drama popular dan biasa diterbitkan di Korea.

Drama bersiri ini boleh dikatakan unik serta berbeza kerana cerita – ceritanya bertumpukan kepada suasana tempat kerja manakala drama Korea yang lain biasanya mengisahkan tentang masalah rumah-tangga, persahabatan dan kekasih.

Ia adalah susah untuk mencapai kejayaan jika perhubungan antara rakan sekerja tidak dibina dengan betul.

“Kerana sambutan yang kami terima sangat baik daripada peminat drama Korea “Hot Shot” yang ditayangkan sebelum ini, sekarang kami berani dan untuk menyiarkan lebih banyak drama-drama Korea di 8TV.

Drama-drama Korea senang menambat sambutan keran jalan ceritanya yang menyentuh jiwa.

Oleh itu terimalah Worlds Within sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat slot teater Hito Idol”, ujar Cik Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Jalan cerita Worlds Within mengisarkan tentang keadaan di sebuah stesen televisyen di Korea, tentang kerjaya pekerja-pekerja profesional disebalik kotak televisyen.

Ia mengenai kehidupan kerjaya dua invidividu yang bergelar penerbit iaitu Jeong Ji-oh dan Joo Joon-yeong di sebuah stesen televisyen.

Antara pelakon – pelakonnya yang memegang watak-watak utama adalah Hyun Bin dan Song Hye-Kyo.

Hyun Bin memainkan watak Jeong Ji-oh, seorang penerbit yang beperikemanusian, jujur serta bersemanggat dalam kerjayanya dan selalu dicemburi oleh orang lain kerana dia rancangan drama terbitan beliau sering mendapat jumlah penonton yang tinggi.

Manakala Song Hye-kyo memainkan watak Joo Joon-yeong seorang yang bersemangat dan tegas. Hye-kyo baru menamatkan kerjaya sebagai penolong penerbit enam bulan yang lalu.

Sebagai orang baru, Joon-yeong percaya bahawa untuk mempercayai seseorang itu perlu mengambil masa namun semua itu tidak menajdi halangan kepada beliau untuk jatuh hati kepada Ji-oh.

Perjalanan drama ini menjadi lebih menarik apabila kedua-dua individu ini bersaing untuk menerbitkan drama-drama terbaik dan berlumba-lumba untuk mengejar gelaran penerbit yang boleh menarik jumlah penonton yang tinggi.

Walaupun begitu masing-masing tidak dapat menafikan perasaan cinta yang makin berputik.

Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Joon-yeong berjaya mencantas populariti Ji-Oh sebagai penerbit? Adakah cinta kedua mereka bergolak akibat sikap mementingkan kerjaya?

Saksikan drama penuh liku ini dengan barisan pelakon-pelakon mantap dan popular Korea.

Pelakon dan model yang berpengalaman, Hyun Bin telah memainkan banyak watak di televisyen serta filem seperti Friend, Our Legend (2009), The World That They Live In (2008), The Snow Queen (2006), My Name is Kim Sam-Soon (2005), Ireland (2004), Nonstop 4 (2003), Bodyguard (2003),I'm very Happy (2008), A Millionaire's First Love, Daddy Long Legs, Spin Kick dan Shower (2002).

Beliau telah banyak menerima anugerah dalam 2006 KBS Acting Awards: Popularity Award (The Snow Queen), 2006 KBS Drama Awards: Netizen Award (The Snow Queen), 2006 KBS Acting Awards: Best Couple Award with Sung Yu Ri (The Snow Queen), 2006 42nd Baeksang Awards: Most Popular Award, 2005 MBC Drama Awards: Top Excellence Award (for My Name is Kim Sam-Soon), 2005 MBC Drama Awards: Popularity Award (Best Actor for My Name is Kim Sam-Soon), 2005 MBC Drama Awards: Best Couple Award (with Kim Sun Ah), 2004 MBC Drama Awards: Popularity Award (Best Newcomer for Ireland) dan 2004 MBC Drama Awards: Broadcasting & Entertainment Special Award.

Manakala pelakon dan model jelita Song Hye Kyo juga berpengalaman dalam industri filem dan televisyen. Dia telah berlakon dalam filem seperti The World That They Live In (2008), Full House (2004), Shining Days (2004), All In (2003), Guardian Angel (2001), Hotelier (2001), Autumn Tale (2000), Soonpoong Clinic (1998), Sweet Bride (1999), What Do You Think of Me (1998), White Nights 3.98 (1998), Deadly Eyes (1998), Parade (1998), One of a Pair / Partner (1998), Six Siblings (1998), First Love (1996), Happy Morning (1996), 1949 (2009), Fetish (2008), Hwang Jin Yi (2007) dan My Girl and I (2005).

Song Hye Kyo juga telah menerima banyak anugerah iaitu 2007 6th KOREA FILM AWARDS: New Best Actress for "Hwang Jin Yi", 2004 KBS Drama Awards: Excellence Award for Full House, 2004 KBS Drama Awards: Best Couple (with Bi), 2004 KBS Drama Awards: Popularity Award, 2003 SBS Drama Awards: Best Actress for All In, 2003 SBS Drama Awards: Top 10 Memorable Actors, 2001 CE TV Awards: Asia Teens-Entertainer World Song Awards and Best Korean Star, 2001 37th Baeksang Art Awards: Popularity Award for TV part, 2000 KBS Drama Awards: Photogenic Award for Autumn Tale, 2000 KBS Drama Awards: Most Popular Actress Award for Autumn Tale, 1998 SBS TV Awards: Best Newcomer Award for Soonpoong Clinic dan 1996 (MTM) Model Talent Management Contest: First Prize.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan tayangan perdana Worlds Within, bermula 4 Julai 2009, setiap Sabtu dari jam 6.30pm hingga 8.00pm hanya di 8TV.

Anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari mobile.8tv.com.my di telefon bimbit anda! Selamat menonton!

SLOT TEATER HITO IDOL: 'Worlds Within'

Tarikh Siaran: 4 Julai 2009 – 17 Oktober 2009

Masa Siaran: Setiap Sabtu , 6.30pm – 8pm

Pelakon : Hyun Bin, Song Hye Kyo

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan