Amelina: Saya palsukan identiti kerana mahukan privasi

Diterbitkan: Khamis, 30 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Amelina dan suaminya, Dato Reduan Mahmood, cuba untuk menghalang rumah yang disewa mereka dari dikosongkan pada pagi ini di Kota Kemuning, Shah Alam. -foto mStar oleh AU YEONG HOW
Amelina dan suaminya, Dato Reduan Mahmood, cuba untuk menghalang rumah yang disewa mereka dari dikosongkan pada pagi ini di Kota Kemuning, Shah Alam. -foto mStar oleh AU YEONG HOW

BEKAS penyanyi dangdut Amelina mempertahankan kenapa dia terpaksa 'bercakap bohong' ketika memberi butiran peribadi dan pemalsuan identitinya dan juga arwah bapanya dalam satu 'tenancy agreement' yang telah ditandatanganinya bersama-sama pemilik rumah tersebut, K. Madhavankutty (Ravi).

"Saya tidak pernah menipu, saya hanya ingin mengelirukan beberapa pihak dan mengelakkan sebarang publisiti dibuat tentang saya dan keluarga.

"Kerana itulah saya menggunakan nama Datin Norazlina binti Tan Sri Hj Amir Sharipuddin untuk mengelak orang tahu tentang saya.

"Saya dah lali dengan hidup sebagai selebriti selama ni. Kini saya mahukan privasi dan tidak mahu orang jaja-jaja nama saya lagi," kata Amelina yang ditemui ketika kekecohan 'mengosongkan rumah' di Kota Kemuning, Shah Alam pagi ini.

Tuan rumah, Ravi atau K.Madhavankutty telah mendapat perintah mahkamah untuk 'break entry' pecah masuk rumah bagi mengosongkan rumah kepunyaannya setelah Amelina dan suami gagal membayar sewa rumah.

Amelina dan suaminya, Dato Reduan Mahmood tiba lebih kurang pada jam 10.50 pagi ini bagi menghalang pemilik rumah tersebut mengosongkan rumah yang disewa mereka sejak bulan April lalu.

Pasangan ini mendakwa pihak mereka telah dikelirukan dan tidak diberi sebarang keadilan untuk menerangkan perkara sebenarnya.

"Kami telah dikelirukan... kami akan membawa perkara ini ke peringkat yang lebih tinggi.

"Kami telah membuat pembayaran melalui peguam Ravi pada 17 Julai lalu, surat perintah (pecah masuk) mahkamah ini telah dikeluarkan pada 21 Julai dan pihak kami menerima surat ini pada 24 Julai.

"Mana kami ada masa yang cukup untuk mengosongkan rumah ini dengan beberapa hari yang tinggal," kata Amelina.

Bagaimanapun, Amelina memberitahu dia dan suaminya cuba untuk bertolak ansur dan pada 28 Julai mereka datang ke rumah tersebut bersama sebuah lori untuk mengambil barang mereka namun dakwa mereka rumah tersebut telah ditukar dengan mangga yang lain.

"Kami cuba untuk bertolak ansur, kami datang pada 28 Julai pada jam 3 petang bersama lori untuk ambil barang-barang kami, tetapi kami tidak dapat masuk kerana mangga pada rumah tersebut telah ditukar.

"Atas nasihat peguam kami juga, kami rantai dan mangga pagar rumah tersebut menggunakan mangga kami sendiri dan kami ada rakam dan mengambil gambar-gambar mangga tersebut," katanya.

Ketika ditanya mengapa Amelina dan suaminya gagal menjelaskan sewa rumah dan bil-bil berkenaan, mereka berkata ini adalah kerana mereka tidak berpuas hati dengan bil elektrik yang tinggi sedangkan mereka tidak banyak menggunakannya sebegitu banyak.

"Bayangkan sebulan bil elektrik mencecah seribu ringgit, apa ingat rumah kami ini disko ke? Sampai bil boleh jadi sebanyak itu.

"Bila masuk bulan kedua bil tersebut dah mencecah dua ribu lebih dan telah dipotongpun.

"Jadi kami tidak mahu melangsaikan sewa rumah ini kerana kami sendiri tidak pasti kenapa bil elektrik tersebut boleh melambung sampai macam tu," jelas Amelina.

Amelina bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut tindakan yang akan diambil oleh dia dan suaminya, sebaliknya dia mahu semua pihak atasan membuka mata di atas kejadian yang menimpa mereka ini.

"Lebih baik kita tunggu dan lihat sahaja, kami mendiamkan diri selama ini dengan menerima segala kecaman yang mengatakan kami ini bersalah.

"Kami sebenarnya tidak mahu perkara ini dihebahkan, tetapi bila tuan rumah (Ravi) ini mula melibatkan media dan semua pihak, jadi kami terpaksa melawan membuktikan kami tidak bersalah.

"Pasal duit tak penting bagi kami, apa yang penting adalah maruah kami yang telah tercalar. Periuk nasi kami telah diganggu dan dalam keadaan sekarang anak-anak saya dah sebulan tidak ke sekolah kerana malu dengan kejadian ini.

"Jadi kali ini saya tak akan biarkan perkara ini berlaku begitu sahaja," kata Amelina dengan nada yang marah.

Bagaimanapun pasangan ini terpaksa mengosongkan rumah yang disewa mereka ini setelah peguam kepada Ravi, Arnold Andrew tiba dan berbincang secara baik bersama suami Amelina dan pasangan ini diberi tempoh sehingga pukul lima petang ini untuk mengosongkan rumah tersebut.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan