Patologi: Mustahil pastikan punca kematian Jackson

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Michael Jackson melambaikan tangan apabila meninggalkan mahkamah di Santa Maria, California. Dia dibebaskan daripada semua tuduhan. foto-AP
Michael Jackson melambaikan tangan apabila meninggalkan mahkamah di Santa Maria, California. Dia dibebaskan daripada semua tuduhan. foto-AP

PUNCA kematian Michael Jackson tidak mungkin dapat dipastikan sampai bila-bila pun, kata seorang ahli patologi, Dr Joshua Perper.

Dr Joshua, merupakan orang yang mengetuai siasatan terhadap kes kematian Anna Nicole Smith yang juga dikaitkan dengan dadah.

Beliau percaya hasil laporan kandungan toksikologi Michael itu nanti tidak akan membantu apa-apa terhadap siasatan berkenaan dengan siapa yang menyebabkan kematian raja pop itu.

Polis kini sedang giat menyiasat siapa yang memberikan propofol, sejenis ubat penenang yang mempunyai kesan yang kuat dan dipercayai punca kematian Michael.

"Propofol biasanya hilang dalam darah selepas beberapa ketika.

"Seperti kes Anna Nicole saya menjangka laporan toksikologi Michael akan menunjukan kandungan pelbagai jenis dadah didalam darahnya.

"Tetapi propofol hilang dengan cepat dalam darah, kira-kira 2 hingga 4 jam," kata Doktor itu.

Sebelum ini Dr Conrad Murray, doktor peribadi Michael didakwa menunggu terlalu lama apabila Michael tidak sedarkan diri sebelum membuat panggilan telefon meminta bantuan paramedik.

Beliau dikatakan hanya membuat panggilan selepas 30 minit menyedari penyanyi itu tidak lagi menunjukan tanda-tanda beliau masih hidup.

Polis setakat ini menjelaskan punca kematian Jackson masih lagi belum diketahui.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan