Katie Price mahu Julia Roberts berlakon dalam filem mengenai dirinya - Berita Hiburan | mStar

Katie Price mahu Julia Roberts berlakon dalam filem mengenai dirinya

Diterbitkan: Rabu, 29 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Model Katie Price bergambar di ExCeL center di London. foto-REUTERS
Model Katie Price bergambar di ExCeL center di London. foto-REUTERS

KATIE Price mahu Julia Roberts berlakon sebagai dirinya dalam sebuah filem yang akan menceritakan tentang kehidupan Katie yang berjudul 'Jordon: The Movie'.

Jelas Katie ini disebabkan persamaan stail rambut yang ada pada mereka berdua.

Dia membuat keputusan itu selepas menonton filem Julia Robert yang menang anugerah oskar 'Erin Brockovich'.

Katie akan menulis autobiograhinya yang ke-empat hujung tahun ini dan sedang dalam proses menghasilakanya dalam bentuk filem.

"Saya mahu Julia Roberts," kata Katie ketika menjawab soalan mengenai siapa yang beliau mahu untuk memegang watak utama dalam filem itu.

"Selepas menonton filem Erin Brockovich dan Pretty Woman, saya yakin Julia lah yang paling layak melakonkan karektor saya," katanya lagi.

Model berusia 32 tahun itu, selalu pergi ke Los Angeles setiap tiga bulan untuk mengayakan rambutnya.

"Saya membelanjakan 15 ribu untuk setiap kos perjalanan dan rambut saya," kata Katie.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan