Farid Kamil, Lisa Surihani berduet nyanyi lagu Raya

Diterbitkan: Selasa, 28 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lisa Surihani
Lisa Surihani

BULAN Ramadan belum lagi menjengah, namun kehangatan Hari Raya sudah mula dirasai sewaktu rakaman program istimewa sempena Aidilfitri pada bulan September kelak, berjudul Mega Raya Astro.

Suasana meriah Hari Raya sudah mula dirasai di studio 9, Wisma Ali Bawal, Petaling Jaya apabila lagu-lagu raya dialunkan oleh bintang-bintang eksklusif Astro, di samping hiasan set dan penonton yang turut hadir dengan memakai baju raya masing-masing.

Bintang-bintang Astro yang terlibat di dalam program hiburan ini pula ialah Anita Sarawak, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Akhil Hayy, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Farid Kamil dan Zoey.

Mengulas mengenai program yang akan disiarkan di Astro Ria pada malam raya itu nanti, kata penerbit eksekutif, Norazian Mohd Zahir, ini adalah kali pertama Astro mengadakan sebuah program raya dengan mengumpulkan artis-artis eksklusif mereka di dalam program itu.

"Walaupun artis-artis ini berada di bawah satu bumbung, tetapi mereka jarang bertemu antara satu sama lain. Jadi, menerusi program ini, secara tidak langsung kita dapat kumpulkan mereka, walaupun tidak semua artis Astro dapat menyertainya.

"Mega Raya ini menampilkan konsep intimasi, yang mana penonton juga dapat bermesra dengan artis-artis ini.

"Kita turut mengetengahkan juadah-juadah raya yang lama serta nyanyian lagu raya oleh artis-artis terbabit," kata Norazian yang ditemui pada rakaman program itu, baru-baru ini.

Menariknya, kata Norazian, artis-artis yang bukan penyanyi seperti Farid Kamil, Lisa Surihani dan Aaron Aziz juga akan menunjukkan bakat mereka menyanyikan lagu-lagu raya.

Antara lagu-lagu yang akan disampaikan oleh mereka ialah Selamat Hari Raya (Farid), Suasana Hari Raya (Farid dan Lisa) dan Seloka Hari Raya (Sarimah, Lisa, Zoey, Farid dan Aaron) dan Balik Kampung (Aaron dan Zoey).

Lagu-lagu yang akan didendangkan oleh artis-artis Astro lain pula ialah Joget Aidilfitri (Erra), Satu Pagi Di Hari Raya (Akhil), Gema Lebaran (Erra) dan Selamat Hari Raya (Anita).

"Pada awalnya, artis-artis seperti Lisa, Farid dan Aaron agak risau juga untuk menyanyi. Maklumlah, kita semua tahu bakat mereka lebih ke arah lakonan. Tetapi setelah kami pujuk, mereka akhirnya bersetuju.

"Lagipun, ini adalah sekadar suka-suka. Dari segi lagu, kami bantu mereka pilih. Apa yang pasti, lagu-lagu tersebut juga adalah yang kita sudah biasa dengar.

"Mereka cukup 'sporting' walaupun program ini memerlukan mereka menyanyi secara 'live'," kata Norazian.

Program yang akan bersiaran pada pukul 11 malam itu bukan saja akan disajikan dengan persembahan menarik oleh artis-artis Astro, malah penonton di studio juga berpeluang untuk membaca kad ucapan raya bersama-sama selebriti tersebut.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan