Shazlin mengaku 'bersumpah' ada hubungan sulit hanya alasan untuk cerai

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Radhi dan Shazlin saat bersemuka untuk meleraikan permasalahan mereka di hadapan media. -foto mStar oleh SITI AZIRA
Radhi dan Shazlin saat bersemuka untuk meleraikan permasalahan mereka di hadapan media. -foto mStar oleh SITI AZIRA

PETALING JAYA “Kenyataan saya ada hubungan sulit dengan lelaki lain itu tak benar kerana kami hanya berkawan,” jawab Shazlin Shariff menempelak dakwaan yang dikeluarkan oleh suaminya, penyanyi dan pelakon Radhi OAG.

Ini kerana sebelum perbicaraan kes pengesahan lafaz cerai mereka berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, Radhi berkata isterinya telah bersumpah meniduri lelaki lain lantas mahu bercerai dengannya.

Jelas Shazlin, dia mengenali lelaki yang dikenali sebagai 'Izat' itu selepas mempunyai masalah dengan Radhi lagi dan menggunakan alasan mereka pernah 'bersama' supaya Radhi menceraikannya.

“Saya bersumpah mengenali lelaki itu tetapi kami tiada hubungan sulit atau serius.

“Kalau boleh saya nak dia lepaskan saya,” ujarnya mengenai lelaki yang juga mempunyai darah kerabat dan bekas suami seorang pelakon itu.

Ditanya tentang sebab yang membuatkan dia nekad untuk meminta cerai daripada suaminya itu, Shazlin enggan memberitahunya.

“Situasi sebenar biarlah saya sendiri yang tahu kerana ia masalah kami. Lantaklah dia nak burukkan saya. Janji dia lafazkan (cerai) cepat.

“Saya tiada hati nak teruskan,” luah Shazlin, 31.

Disoal pula berhubung dengan bukti Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) melibatkan Shazlin dan lelaki itu, ibu kepada Mohd Rifdhi Muslim, 4, ini juga enggan mengulas lanjut.

“Saya pun tak tahu...saya memang ada ramai kawan lelaki tetapi tiada yang serius sebab tidak tahu status macamana,” ulasnya.

Shazlin juga menafikan yang Radhi tidak dibenarkan berjumpa dengan anak mereka.

Dia juga menjelaskan tentang isu ibunya membuat laporan polis bagi mengelakkan Radhi berjumpa dengan Rifdhi.

“Setakat ini tiada halangan (untuk berjumpa anak). Hal ini susah untuk saya untuk jelaskan sebab dia kata nak bawa anak keluar makan malam sahaja tetapi dia tak pulangkan semula selepas itu.

“Memang ada buat laporan polis kerana kami tidak tahu bagaimana dia boleh masuk ke dalam rumah kami pada pukul 3 pagi.

“Lepas tu kami tengok ada pintu ‘grill’ dah tercabut tetapi apabila bertanya kepadanya dia kata masuk ikut pintu dapur kerana pintu itu tidak berkunci,” jelas Shazlin lagi sekaligus enggan mengulas sama ada hubungan Radhi dan keluarganya adalah 'ok'.

Katanya, "Saya tak boleh cakap pasal tu."

Selepas dakwaan lafaz cerai Radhi yang difailkan olehnya ditolak oleh mahkamah pada tengahari tadi, Shazlin berkata dia akan meneruskan tindakannya untuk memfailkan lafaz cerai kedua oleh suaminya itu dengan talak tiga melalui panggilan telefon pada minggu hadapan.

Shazlin melalui peguamnya, Noorafizah Abdul Azis juga akan memfailkan kes permohonan cerai yang akan disebut bersama dengan kes lafaz cerai kedua itu yang akan dimaklumkan nanti.

Shazlin yang juga pelakon drama dan bekas anggota kumpulan Girls In Music (GIM) telah melangsungkan perkahwinan dengan Mohd. Radhi Razali pada 1 Januari 2005 setelah 12 tahun berkenalan.

Shazlin memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan