Omer Bhatti: Saya bukan anak Michael Jackson!

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Omer Bhatti duduk di barisan hadapan ketika upacara memorial Michael Jackson. foto-AP
Omer Bhatti duduk di barisan hadapan ketika upacara memorial Michael Jackson. foto-AP

OMER Bhatti mendedahkan yang Michael Jackson bukan ayah kandungnya seperti yang digembar-gemburkan oleh media barat.

Ramai yang membuat spekulasi hubungan 'ayah dan anak' antara Omer dan Michael setelah melihat Omer diberi penghormatan untuk duduk di barisan paling hadapan sebaris dengan ahli keluarga lain ketika upacara The memorial di Staples Center, Los Angeles.

Omer, 25, yang berasal dari Norway, pernah tinggal dengan Michael di Neverland ranch selama lapan tahun.

Omer menyifatkan keakraban yang terjalin sebagai cukup rapat tapi "kami tidak ada hubungan kekeluargaan. Legenda pop itu hanyalah sahabat baik saya."

Katanya, tidak ada hubungan biologi di antara mereka walaupun banyak dakwaan yang mengatakan Omer adalah anak rahsia atau anak luar nikah Michael hasil hubungannya dengan ibu Michael, salah seorang peminatnya pada tahun 1983.

Namun kata, Omer, Michael sering berkata yang dia menganggap Omer seperti anaknya sendiri "mungkin itu yang menyebabkan semua kekeliruan ini."

Menurut kawan rapat Omer dari Oslo, "Omer berkata yang dia dan Michael cukup, cukup rapat. Dia adalah teman palingr apat saya."

“Kedua ibu bapa kandung saya berada di Norway. Saya diberi penghormatan untuk duduk di baria paling hadapan bukan kerana dia ayah saya tapi kerana sayalah sahabat Michael yang paling rapat."

Omer pernah berkata kepada teman wanitanya, "Michael sungguh istimewa. Saua tidak percaya yang dia sudah tiada lagi. Saya cukup terperanjat dan tidak dapat makan apa-apa. Lihatlah badan saya yang semakin susut. Saya cuma teringatkan Michael dan bagaimana dia mati."

Omer berpindah ke Neverland pada 1996 selepas Michael berkenalan dengan Omer dan keluarganya di Tunisia. Waktu itu, Omer bersuai 12 tahun dan sedang bercuti bersama keluarga.

Michael sangat sukakan Omer hingga menawarkan Omer, ayah, ibu dan kakaknya berpindah ke LA serta merta.

Dia memberikan ibu Omer, Pia sebagai pengasuh anaknya Prince Michael dan ayah Omer pula, Huayoun berkerja sebagai pemandu kereta peribadinya.

Keintiman Michael dan Omer begitu kuat hinggakan, menurut kawan Omer, Ricky Harlow, mereka berkongsi katil bersama-sama sedangkan keluarga Omer tinggal di sebuah rumah di Neverland.

Michael dan Omer berkongsi katil di waktu Michael sedang menghadapi saat-saat sukar diuji dengan dakwaan pencabulan kanak-kanak 13 tahun bernama Jordan Chandler.

Ricky, 25, yang kini menetap di Hollywood, berkata, "Saya tidak rasakan ada apa-apa yang tidak enak berlaku."

Malah, menurut ibu Omer, Pia berkata anaknya cukup terpukul dengan tragedi kematian Michael.

Spekulasi tentang hubungan Omer dan Micahel menjadi lebih panas apabila Jermaine memberitahu yang keluarga Jackson tidak ada halangan untuk menerima Omer sebagai ahli keluarga mereka jika terbukti dia benar-benar anak Michael.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan