Michael Jackson pakai hidung palsu

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hidung Michael Jackson sebenarnya telah rompong dan dia selama ini telah memakai hidung palsu. - foto AP
Hidung Michael Jackson sebenarnya telah rompong dan dia selama ini telah memakai hidung palsu. - foto AP

TIDAK ada siapa dapat meneka yang hidung Michael Jackson sebenarnya rompong dan dia selalu pakai hidung palsu.

Khabarnya, hidung palsu ini telah hilang baru-baru ini. Pendedahan terbaru ini dibuat oleh seorang saksi yang melihat tubuh badan ikon terkenal itu ketika proses autopsi berlangsung.

Apa yang tinggal kini hanyalah 'dua lubang kecil' di mana terletak hidungnya.

Kata saksi itu lagi, "Apa yang selalu Michael gunakan ialah 'prosthesis' yang diletak pada hidungnya yang sudah rosak. Dan kini itu pun sudah hilang dan kini yang tinggal, hanya serpihan kartilaj saja di keliling dua lubang hitam di tempat terletaknya hidung.

Hidung sebenar Michael jahanam teruk disebabkan oleh pembedahan kosmetik hinggakan hampir hilang sama sekali.

Malah, penjaga rumah Michael mendakwa bintang terkenal itu mempunyai banyak hidung palsu.

Kata Adrian McManus: "Masalah utama wajah Micahel Jackson ialah hidungnya. Dia menggunakan banyak plaster untuk menutup kekurangan hidungnya kerana ia betul-betul kemek hingga tak nampak apa-apa lagi.

"Dalam almarinya terdapat sebalang botol yang mengandungi hidung tiruan dan glu. Dia memberitahu dia menggunakan ini untuk persembahannya. Ada di antaranya hampir sama dengan hidungnya yang sebenar, hanya tanpa lubang."

Butiran tentang kehilangan hidung di mortuari Los Angeles ada dilaporkan oleh sebuah majalah.

Antara pendedahan yang dibuat di dalam artikel itu ialah 'kecacatan' ketara yang dialami oleh bintang terkenal itu disebabkan oleh pembedahan kosmetik yang pernah dilakukannnya.

Saksi itu juga berkata, "Wajah Michael yang sebenarnya telah banyak disorok dari penegtahuan umum bertahun-tahun lamanya. Kini wajah sebenarnya dapat dilihat setelah dia mati."

Michael dipercayai melakukan pembedahan di hidungnya sebanyak enam kali. Ini adalah kerana hidung asalnya saling tak tumpah seperti ayahnya, Joe Jackson.

Menurut kawannya, Marcus Phillips: "Michael begitu gembira dengan transformasi hidungnya selepas pemebedahan. Dia begitu benci melihat persamaan wajahnya dengan ayahnya.

"Kata Michael, mungkin dia tidak boleh memadamkan Joe dari hidupnya, sekurang-kurangnya dia tidak perlu mengingati Joe setiap kali dia melihat cermin," kata Phillips.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan