Lafaz cerai Radhi terhadap Shazlin ditolak

Diterbitkan: Isnin, 27 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lafaz cerai penyanyi Radhi OAG terhadap isterinya Shazlin Sharif ditolak oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini setelah penyanyi itu bersumpah menafikan dakwaan lafaz 'oklah, I ceraikan you talak 3,2,1?' yang dikemukakan oleh Shazlin.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Syarie, Ghazali Ahmad.

Kira-kira pukul 12 tengah hari tadi, Radhi telah melafazkan sumpah syarie seperti yang diminta oleh Hakim Syarie memandangkan kes mereka melibatkan lafaz talak yang dikemukakan oleh isteri tetapi dinafikan oleh suami.

“Demi Allah, saya Mohd Radhi Razali, dengan ini bersumpah dengan nama Allah nafi kenyataan plaintif (Shazlin) bahawa saya lafazkan ‘oklah, I ceraikan you talak 3, 2, 1?’ pada 15 September 2008 pukul 8.30 pagi,” kata Radhi di hadapan Hakim Syarie.

Hakim Ghazali turut memaklumkan yang sumpah syarie yang boleh dibuat menerusi keterangan saksi atau dokumen itu merupakan kaedah terakhir untuk menyelesaikan kes itu.

Jelasnya, jika suami (Radhi) bersumpah, dakwaan isteri (Shazlin) secara automatik akan ditolak.

Sebelum keputusan diputuskan oleh Hakim Ghazali, dia ada menyoal Shazlin berhubung lafaz talak yang dibuat oleh Radhi.

Hakim Ghazali: Shazlin, kamu kata bagi afidavit. Sebelum tu, ada cakap apa-apa?

Shazlin: Ada. Saya serah dan minta dia tandatangan. Dia tanya ‘apa ni?’ dan saya kata ‘bacalah afidavit tu’. Kami berbual sikit-sikit saja.

Hakim Ghazali: Sebelum lafaz tu dia cakap apa?

Shazlin: Dia hanya tengok dan cakap ‘oklah, I ceraikan You talak 3, 2, 1.’

Hakim Ghazali: Dia cakap macam mana (nada)?

Shazlin: Dia cakap macam tu lah (selamba) macam soalan.

Hakim Ghazali: Lepas dia sebut 3, 2, 1, dia cakap apa?

Shazlin: Tidak cakap apa.

Hakim Ghazali: Keadaan kamu waktu 15 September 2008 tu?

Shazlin: Saya sedang uzur, seingat saya.

Selepas itu, Shazlin bertukar tempat dengan Radhi untuk disoal oleh Hakim Ghazali dalam kandang bicara.

Hakim Ghazali: Ada lafaz atau tidak?

Radhi: Tiada lafaz.

Hakim Ghazali: Pada 15 September 2008, kamu di mana?

Radhi: Bagi afidavit tu saya rasa malam. Pagi tu saya dah balik ke Damansara. Yang dia bagi afidavit tu saya ingatlah tapi tiada langsung lafaz.

Hakim Ghazali: Ada tak dia cakap..

Radhi: Kalau dia minta bercerai sebelum tu saya bertanya tapi tiada lafaz. Saya kata kalau nak bercerai..saya ingat oklah, tiada...kalau you nak kita bercerai nak talak berapa?..dengan niat sekadar bertanya...

Shazlin memfailkan permohonan untuk mengesahkan lafaz cerai yang didakwa dibuat oleh suaminya pada 15 September tahun lalu.

Bagaimanapun pada prosiding 21 April lalu, Shazlin melalui peguamnya memberitahu mahkamah bahawa dia telah diceraikan sekali lagi oleh Radhi dengan talak tiga melalui panggilan telefon.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan