Yasmin tidak sempat lihat hasil kerja terakhirnya, 'Go, Thaddeus'

Diterbitkan: Ahad, 26 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Kematian pengarah filem dan iklan terkenal Yasmin Ahmad di Kuala Lumpur malam semalam bukan sahaja meninggalkan kesan pada industri perfileman Malaysia malah ia turut dirasai oleh penggerak dan peminat filem di Singapura.

Dengan pemergian Yasmin, 51, akibat diserang strok, kini timbul tanda tanya apakah akan terjadi pada filem baru bakal arahannya di sini iaitu 'Go, Thaddeus' yang masih dalam proses awal pembikinan.

Filem ini yang didasarkan daripada novel Belinda Wee dan lakon layarnya diadaptasikan oleh Yasmin, mendapat dukungan daripada Suruhanjaya Filem Singapura, Majlis Sukan Singapura, Lembaga Pelancongan Singapura dan Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Belia Singapura 2010.

Filem kisah benar ini memaparkan kegigihan seorang ahli sukan triathlon remaja Singapura, Thaddeus Cheong, berusia 17 tahun yang meninggal dunia selepas perlumbaan saringan untuk ke Sukan SEA pada 2007.

Filem ini yang keseluruhan penggambarannya akan dilakukan di negara pulau ini dijadualkan ditayangkan pada umum di sini dan Malaysia pada Ogos tahun depan sempena menyambut Sukan Olimpik Belia yang julung kali diadakan dengan Singapura sebagai tuan rumahnya.

Penerbit filem itu Ascension Pictures telah pun mula mencari pelakonnya dalam satu pemilihan di sini pada awal bulan ini.

Yasmin juga dikenali di sini kerana iklan-iklan kempen yang diarahkan olehnya untuk Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan Singapura.

Satu daripadanya ialah 'Eulogy' yang mengisahkan seorang balu mengimbau kisah suaminya di majlis pengembumiannya, dan satu lagi ialah 'Red Shoes', mengisahkan seorang gadis remaja membesar bersama bapanya yang bujang. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan