Suara emas Bob terbukti di arena antarabangsa

Diterbitkan: Sabtu, 25 Julai 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 turut melakar kejayaan setelah berjaya memenangi dua pingat emas bagi Anugerah Emas Peringkat Akhir dan empat pingat emas bagi setiap kategori pada 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI
Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 turut melakar kejayaan setelah berjaya memenangi dua pingat emas bagi Anugerah Emas Peringkat Akhir dan empat pingat emas bagi setiap kategori pada 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas. - foto THE STAR oleh RICKY LAI

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, itulah yang dapat dirungkaikan atas kejayaan penyanyi yang lahir dari program realiti ini. Yusrizan Usop atau lebih dikenali sebagai Bob AF2 ini berjaya membuktikan kebolehan bakat nyanyiannya setelah memenangi Anugerah Emas Peringkat Akhir kategori duet bersama Siti Sarah, Norhasmidar Ahmad dan juga pingat emas bagi kategori 'Pop', 'Kontemporari', 'World Music' dan 'Terbuka' dalam 'Pertandingan Seni Persembahan Dunia 2009 (WCPA)' yang diadakan di Hollywood, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 11 hingga 19 Julai lepas.

Bagi penyanyi ini, dia begitu berbangga menyanyikan lagu melayu di pentas dunia kerana dapat membuka mata dunia akan kehebatan serta keunikan yang terdapat dalam lagu melayu.

"Ketika saya menyanyikan lagu 'Zapin Beradat' dan 'Bagaikan Sakti' bersama Hasmidar saya rasa begitu bangga kerana ketika itu tepukan gemuruh dari para penonton dapat saya dengar.

"Apa yang mmengejutkan saya, mereka seperti menghargai lagu-lagu kita dan mereka terkejut bahawa ada lagu-lagu Malaysia yang sehebat dan seunik ini," jelas Bob.

Bob turut menceritakan pengalamannya di sana yang dianggap begitu menakjubkan kerana berbagai ilmu yang telah dia perolehi di sana.

"Apa yang Bob boleh katakan adalah 'wow', begitu dahsyat... Di sana sangat-sangat profesional dan 'punctual', kalau dekat Malaysia katakan acara bermula pukul 7.30, tetapi pukul 8.00 baru nak bermula, di sana tidak, mereka begitu menepati masa.

"Di sana juga secara tidak langsung juga Bob banyak belajar dari peserta-pesrta lain. Bob belajar mengenai cara pemilihan lagu yang tepat dan belajar mengetahui kehendak para juri dan Alhamdulillah ketika pertandingan, semua lagu yang Bob pilih adalah tepat," kata penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak ini.

Bob juga tidak menghadapi sebarang masalah ketika berada di Los Angeles kerana cepat menyesuaikan diri dan hanya sukar untuk mendapatkan makanan sahaja.

"Bob tidak menghadapi masalah. Seperti Sarah, Bob cepat menyesuaikan diri cuma susah untuk makan saja.

"Nak cari yang halal memang susah, nasib baik ada mi segera, kadang-kadang tu Bob makan tuna sandwich je. Waktu pagi Bob makan buah-buahan dan bijirin seperti koko crunh.

"Tetapi waktu yang sukar ketika pertandingan ialah Bob terpaksa peka dan pantas sebab kebanyakan peserta tidak masuk satu kategori sahaja, mereka ada yang layak ke kategori lain jadi ramai yang 'skip' giliran mereka dan waktu tu terkena pulak pada Bob.

"Bob baru selesai buat persembahan, tengah nak tukar baju, tiba-tiba nama Bob dipanggil lagi untuk giliran yang seterusnya, jadi Bob pun dengan kelam kabut sarung pakaian dan berlari ke pentas," katanya sambil ketawa.

Ditanya berkenaan pesaing terdekatnya ketika pertandingan itu, Bob mengatakan kesemua peserta hebat-hebat dan memberi saingan sengit.

"Kesemua mereka hebat... Tetapi bagi Bob peserta yang memberi saingan sengit adalah dari Ireland, Filipina, Kanada, Amerika Syarikat dan Afrika," katanya.

Bob juga bakal meneruskan rakaman album keduanya dan meneruskan persembahan yang telah ditangguh berikutan penyertaannya ke Los Angeles.

Bob telah memenangi Anugerah Emas Peringkat Akhir bagi kategori duet bersama Siti Sarah dengan menyampaikan lagu 'Unbreak My Heart', manakala bersama Norhasmidar Ahmad dengan lagu 'Bagaikan Sakti'.

Bob turut memenangi empat pingat emas bagi kategori 'Pop' dengan lagu 'My Baby You', kategori 'Kontemporari' dengan lagu 'The Prayer', kategori 'World Music' dengan lagu 'Zapin Beradat dan bagi kategori 'Terbuka' dengan lagu 'Cinta Terhalang'.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan